Esok, bermulanya secara rasmi perjuangan anak-anak didik kami, pelajar-pelajar Pra-U SMK Pitas. Kertas Pengajian Am 2 menjadi medan permulaan perjuangan mereka dalam mengejar impian hidup mereka. Kami telah bersama-sama dengan mereka sejak Mei 2009 dan telah melalui suka duka bersama mereka selama setahun setengah. Mereka adalah generasi kedua yang menikmati sistem baru pengajian Tingkatan Enam. Generasi mereka telah meninggalkan bangku sekolah dengan catatan yang cukup membanggakan. Apakah mereka mampu meneruskan kecemerlangan ini? Mereka saja yang dapat menjawab. Saya bersama 9 orang guru tenaga pendidik telah bertungkus lumus melakukan pelbagai perancangan, kaedah, pendekatan bahkan bantuan yang diharap melonjakkan prestasi mereka. Semasa majlis restu ilmu bersama mereka, saya segarkan kembali keistimewaan yang telah mereka nikmati sebagai generasi kedua. Suntikan semangat juga sentiasa kami berikan secara berkala. Kesimpulannya, kami telah mencurahkan yang terbaik untuk mereka. Bukan sahaja ilmu malah kredit masa, tenaga dan wang kami guru-guru telah berkorban. Pastinya masih banyak kelemahan dan kekurangan yang menyebabkan apa yang kami berikan masih tidak cukup. Semoga mereka menjadi insan yang melaksanakan bahagian mereka. Selamat berjuang wahai anak-anak murid kami. Kamu adalah harapan PITAS.
1 ulasan:
Slmt hujng thun cgku, sya sntiasa mnykomg pjuangan kmu (GURU-GURU PRA-U SMK PITAS) dlm mngasuh/mddk anak jati ptas khususnya yg mdudki exm besar spti STPM, sya sbgai gnrsi ptma mnkmti sistm P&P bru dlm tngktn 6 (PRA-U) jga trut mltakkn harpn yg sma dngn gru2 PRA-U SMK PITAS agr cln2 STPM thun ni dpy mpthankn pncpaian STPM thun lalu bahkn adlah lbh baik and dharapkn kptsan STPM thun ni jauh lbh baik dri thun lalu. so gd lck untk smua cln STPM. DO THE BEST
Catat Ulasan