Pengikut

23 November 2010

PERTAMA DI PITAS

Baru sebentar tadi saya balik dari "pemberkatan" premis perkhidmatan refleksologi yang pertama dibuka di pekan Pitas secara rasmi. Perkhidmatan ini yang bernaung dibawah nama body@work baru sahaja beroperasi 2 minggu yang lalu. Dimiliki dan diurus oleh seorang anak tempatan Pitas. Beliau yang menamatkan persekolahan di SMK Pitas, berasal dari Kg Layung, Pitas dan berbangsa Rungus. Mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini. Mendapat latihan dan pendedahan di Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Thailand dan Singapura. Kerjaya akhirnya di Singapura sebelum membuat keputusan untuk balik ke Pitas, mencuba rezeki di samping menabur bakti. Premis ini beroperasi dari 11.30am-9.30 mlm. Terletak di Kedai Sedco, Pekan Pitas. Datanglah membantu anak muda ini disamping mendapatkan khidmat rawatan untuk kesihatan. Saya dan rakan-rakan sudah mencuba dan ternyata berbaloi. Smash badminton kami semakin mantap !!!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Thanks Lord! Terima kasih kepada Cikgu Maklin untuk dorongan dan iklan dalam blog ini. Ada sudah orang kita yang membuka permis seperti ini di tempat kita sendiri. Saya tertarik dengan upacara pembukaan kedai tersebut yang didahului dengan upacara pemberkatan sebelum mula beroperasi. Saya seakan-akan kenal dengan orang yang dimaksudkan oleh Cikgu seperti yang ada dalam gambar itu. Kalau boleh saya ingin mengetahui maklumat yang lebih detail lagi mengenai pemilik permis ini..

MAKLIN MASIAU berkata...

Rasanya ramai juga yg kenal peribadi yg sya maksudkan.berasal dari Kg Layung Pitas.Kita sama2 bantu anak muda ini.kejayaannya adalah kebanggaan bangsa dan daerah kita bersama.

Tanpa Nama berkata...

bangga dengan orang tu... nanti saya lawat...

Amy Coates berkata...

tahniah kepada anak muda ini. semoga terus berjaya. betul tu, berilah sokongan kepadanya.