Minggu lalu saya berkesempatan mengunjungi tiga buah sekolah mission MILIK PCS. Ini adalah kunjungan rasmi saya yang pertama sejak diberi tanggungjawab mulai pada penghujung 2007. Agak lama juga baru dapat kesempatan itu terutamanya kekangan kerjaya sendiri dan kesukaran mencari masa yang sesuai dengan pihak pentadbir sekolah berkenaan. Kunjungan rasmi ini melihat sendiri hasil pembangunan peruntukan kerajaan pada awal tahun 2008. Keseluruhannya agak memuaskan, walaupun saya perhatikan di "satu sekolah" tu, kontraktornya agak untung besar. Perlu diperbetulkan. Saya juga meninjau prospek pembangunan untuk tahun 2011 dengan meneliti keperluan mendesak. Tidak lari daripada keperluan rumah guru, disamping kantin dan pagar sekolah. Sangat menyedihkan namun tidak mengejutkan apabila dilihat struktur dan kualiti rumah guru di sekolah-sekolah ini. Satu sudut bagus juga kerana menampakkan kesan kebaikan para missionari dahulu tetapi dari sudut lain membuatkan kita tertanya-tanya tentang kesan polisi pendemorasian pendidikan yang dilaung-laungkan sejak sekian lama. Slogan pendidikan bertaraf dunia dan banyak lagi tetapi anda perhatikanlah rumah guru ini dan nilai sendiri...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan