
Kini memori itu sudah berlalu hampir 22 tahun. Satu tempoh yang panjang. Elok juga kita merenung kembali "sejauhmana" sudah perjalanan bekalan air dirawat di Pitas. Gambar yang saya paparkan itu saya ambil bulan lalu di sebuah kampung yang hanya sejauh 7 kilometer dari Pekan Pitas dan 10 kilometer dari loji air. Nampaknya empunya lori ini sedang mengangkat air, samada untuk keperluan sendiri atau diniagakan, itu bukan persoalan.Jelasnya bekalan air di Pitas sehingga 22 tahun nampaknya belum mencapai tahap yang membanggakan. Kita alu-alukan usaha kerajaan menaiktaraf perkhidmatan air, melalui kapasiti loji dan bekalan. Di sepanjang jalan utama kita perhatikan kontraktor memasang paip utama. Tangki-tangki penyimpanan juga kelihatan di beberapa tempat strategik. Usaha murni ini amat dihargai namun sejajar dengan matlamat kerajaan mensasarkan bekalan air dirawat 100% menjelang beberapa tahun mendekat,saya kurang optimis berdasarkan pemerhatian kasar. Semoga dan pastinya pihak berwajib sudah menyediakan pelan induk perancangan bekalan air untuk sekurang-kurangnya 60% daripada keseluruhan Pitas, khususnya di kawasan-kawasan yang mempunyai agensi kerajaan dan kritikal.
3 ulasan:
pasal itu aku terfikir mungkin ada baiknya air ini diswastakan agar mutu perkhidmatan meningkat mcm sesb buat.... kan suda banayak tmpt mendapat bekalan elektrik sejak dorg ambil alih LLS
betul nani.plan swastakan air dah lama di peringkat kabinet hujung 90-an tapi KIV.klu jdi,difahamkan syarikat yg maybe dpt ialah dr Johor. Yg jelasnya dah 22 tahun, cukup lama suda rupanya tapi tak bnyk peningkatan yg dibanggakan.
itu lah Kerjaan kita ini Tuan, macamana mau jadi negara maju berpendapatan tinggi kalau air untuk hidupun tiada. Yang peliknya semua yg kerja di Jabatan berkenaan nampak Kaya Raya kadang2 macam gaya tidak selaras dgn emolumen. Dari mana diorg dapat duit? Tuhan ja tau
Catat Ulasan