Beberapa minggu lalu pertama kali saya berurusan di Pejabat Pos Pitas. Siapa tak bangga? Setelah sekian lama menunggu barulah kita memilik pos ofis sendiri. Pos ini agak selesa, moden dan sesuai dengan kapasiti penduduk Pitas. Tahniah dan Terima Kasih!!! Namun ternyata pewujudan Pejabat Pos yang terletak di Kg Pinggan-Pinggan telah menimbulkan pelbagai persoalan dan polemik umum.Saya tidak berniat mengulas polemik itu kerana tidak akan menyelesaikan atau mengubah keadaan. Sinisnya, kewujudan pos ini membawa Pitas mencipta tiga rekod iaitu :
1. Daerah@Pekan di Sabah yang memiliki dua pos ofis berdekatan, walaupun yang satu hanyalah wakil pos.
2. Daerah@Pekan di Sabah yang mana wakil posnya terletak di pekan utama,sementara pejabat pos utama diletakkan jauh dari pekan.
3. Daerah@Pekan di Sabah yang mana pejabat pos utamanya diletakkan sejauh 15km dari pekan utama.
Saya sempat menyelidik isu ini dari beberapa individu yang ada kaitan dan ini jawaban mereka:-
1. Pejabat pos utama tidak dapat dibuka di pekan kerana Pos Malaysia sudah terlanjur kontrak dengan wakil pos yang ada sekarang untuk ?????? tahun. (tempoh saya tak nyatakan)
2. Pejabat pos gagal menemui premis yang sesuai disewa di kawasan pekan. Sesuai dalam erti kata kadar bayaran dan skop penyewaan. (usaha sudah dilakukan)
3. Akhirnya pilihan yang ada ialah di Kg.Pinggan-Pinggan.
Sama-samalah kita menafsir situasi ini. Pendapat saya ialah, ini menampakkan "kecelaruan dalam perancangan" di kalangan semua pihak. Akhirnya rakyat yang terima habuan !!!

2 ulasan:
Sy tidak percaya Pos Malaysia buat keputusan yang tidak memihak kepada mereka, melainkan ada pihak yg memutarbelitkan kenyataan. Ia sepatutnya akan menguntungkan pihak Pos Malaysia sendiri. Tapi.. lihat sendiri. Pasti ada kecelaruan yg berlaku. Apa-apa pun tahniah kerana ada Pos baru ni.
Harap2 Pekan Matunggong tidak menerima nasib yg sama. Itu pun Pos Mini di matunggong belum beroperasi lagi.... pelanggan sudah bayar sewa peti surat utk satu tahun. Rasanya sesuai dibawa ke Tribunal Pengguna kalau bayaran tahun ini tidak dibawa kehadapan.
Catat Ulasan