Sesi yang agak menarik ialah dialog bersama Mr.Ivan, selaku pegawai khas kepada Menteri di JPM Tan Sri Khoo Su Kun. Dialog berkisar terhadap proses dan prosedur peruntukan khas untuk sekolah2 mission pada tahun 2011. Sejumlah wang berpotensi untuk diperuntukkan dan satu mekanisme telah dirangka bagi mempastikan peruntukan kelak benar-benar adil, telus dan sampai kepada sasaran. Kami mengambil masa yang agak lama merangka polisi ini yang bakal menjadi kerangka dalam proses menyalurkan peruntukan kep sekolah2 mission.
Perjalanan yang memenatkan. Dari airport ke bilik mesyuarat..makan..tidur..mesyuarat dan terus balik airport. Sekembali disini, saya harus melawat 3 mission school PCS untuk meninjau prospek pembangunan bagi peruntukan tahun hadapan. Mengurus sekolah mission sebenarnya telah membantu ribuan komuniti di sekolah berkenaan yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan ideologi. Semuanya bakal menikmati tanpa sempadan.

P/S : Semasa mesyuarat, saya sempat mengajukan permohonan KPLI dua org guru dari SMK PITAS II untuk dipanjangkan oleh MCSC. Moga Tuhan menolong mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan