Kita tahu bahawa sejak sekian lama pembersihan kawasan sekolah dikendalikan sepenuhnya oleh pekerja swasta. Melihat saiz kawasan sekolah yang agak kecil membuatkan saya tertanya-tanya, apakah padang sekolah ini tidak termasuk dalam skop kerja syarikat? Atau ada sebab lain. Persoalan saya berkembang. Bagaimana sukan sekolah, aktiviti PJ dan sebagainya dilaksana? Bagaimana di sekolah lain?
Saya teringat sewaktu program Hari Bertemu Pelanggan oleh Jabatan Pelajaran Sabah beberapa minggu lalu. Antara isu yang timbul ialah prestasi syarikat2 pembersihan di sekolah2 daerah Pitas (mungkin seluruh Sabah). Namun pengarah menjelaskan bahawa syarikat-syarikat ini adalah tanggungjawab Kementerian dan bukannya Jabatan, apatah lagi PPD atau sekolah. Mungkin ini adalah antara sebab kenapa banyak syarikat yang acuh tak acuh dengan teguran warga sekolah. Contohnya situasi padang ini. Bagaimana hebat pun pengurusan sukan atau kualiti guru sebagai jurulatih, kalau teori sekadar berlegar di kelas masih kurang berkesan. Moga-moga pihak berwajib mengambil tindakan.
P/S : TAPI MAU "TUTUP SEKOLAH" SUDAH BAH KAN. ALANG-ALANG BILANG. BAH AWAL TAHUN DEPAN LAH. KITA TENGOK DAN LIHAT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan