Mcm biasa. Lepas belanjawan maka pelbagai komen di sana-sini. Setiap rakyat menunggu dengan teliti "habuan" masing-masing. Bonus, insentif, pengurangan cukai dan pelbagai keistimewaan. Semuanya bergantung kepelbagaian posisi sebagai rakyat Malaysia. Tetapi sebenarnya saya kurang minat ambil tahu tentang belanjawan ni. Bukan apa, peruntukan yg begitu gah, berbilion ringgit mcm sukar dilihat di lapangan. Saya tak arif melihat belanjawan dari sudut makro atau global. Piawaian saya ialah Pitas sendiri, khususnya di darat-darat sana. Masih ramai yang SANGAT MISKIN. Tiada sumber pendapatn tetap. Kais pagi makan pagi. Buta huruf. Tiada identiti diri (IC). Tanah pula semakin mengecil. Anak-anak berhenti sekolah. Pengangkutan berjalan kaki. Amat malang, belanjawan berbilion hanya "limpas" saja. Bau pun tarak.
Saya tak pertikaikan niat murni kerajaan membasmi kemiskinan tegar. Tapi realitinya di lapangan, kemiskinan tegar masih berleluasa. Apakah Belanjawan 2011, selaku "perasmian" RMK10 akan mengubah nasib mereka? Kita tunggu dan lihat

1 ulasan:
yg kaya. kontraktor yg dilantik.. walaupun pelaksanaan projek oleh kontraktor pada tahap di bawah standard pihak kerajaan yg terlibat hanya tutup mata.
Catat Ulasan