Pengikut

13 Oktober 2010

NYAWA KITA SEMAKIN TERANCAM

Berita pembunuha ngeri nurse di Hospital Kudat yg berasal dari KK amat perit untuk didengar. Kes yg mendapat liputan di berita arus perdana dan maya adalah satu perbuatan kejam, lebih teruk daripada haiwan. Entah apalah ada di minda si pembunuh ini. Saya tak perlu mengulas lanjut kerana blogger dan wartawan Borneo Post yg juga orang Pitas menulis dgn lebih jelas disini http://ladymariah.wordpress.com/.
Persoalan saya mudah, apakah jaminan bahawa kita selamat, khususnya di kalangan wanita 'berurusan' seorang diri di bandaraya dan bandar lain? Ini bukan kes pertama. Dah beberapa kes ngeri yang telah berlaku. Ironisnya...hampir semua kes dilakukan oleh PTI (walaupun ada IC, kalau tergolong dalam IC projek, saya tetap anggap PTI). PTI telah dilabel sebagai IBU kepada segala masalah di Sabah. Kenapa PTI ini terlalu kebal? Nisbah rakyat tempatan dengan PTI dianggarkan 2:1, ini amat menakutkan. Saya BERDOA agar pemimpin politik diberi HATI YANG IKHLAS mengendali masalah PTI. Rakyat juga harus berani menyatakan ketidaksenangan atas segala ketidakseriusan menangani masalah PTI. Tidak apa juga kaum dan agama, selagi kita cintakan Sabah ini, mari kita BERDOA dan BERTEKAD agar Sabah ini bukan tempat "pelarian perang" sampai selama-lamanya.

Tiada ulasan: