Hari ini saya beribadah dan menyampaikan kotbah di jemaat Kg Sumbilingon. Sudah sekian lama mereka meminta ruang tapi faktor kesibukan mengekang niat hati. Syukur dengan masa yang dianugerahkan. Disamping beribadah bersama, saya sempat berdialog dengan mereka tentang usaha memperkembangkan penggunaan bahasa Tombonuo dalam semua aspek program gereja. Saya bangga dengan usaha murni saudara Tpk Jaini yg gigih memulakan dan saya memberikan jaminan untuk menyokong usaha seterusnya, khususnya dari segi dana. Saya menyarankan agar jemaat Sumbilingon menjadi asas kepada pengembangan ini ke jemaat yang majoritinya dari kaum Tombonuo iaitu Tambilidon, Bangkau-Bangkau dan Sungai Eloi. Usaha ini bukan sahaja menguatkan entiti Tombonuo malah mengukuhkan gereja dan kesatuan kaum. Terima kasih kepada jemaat Sumbilingon kerana sudi menjemput saya. Saya memperhatikan komuniti mereka mempunyai kesatuan dan semangat yang kuat dan mereka punya potensi yang sangat baik.
1 ulasan:
Thanks cikgu kerana melawat jemaat di sana dan menyokong suku kaum tambanuo termasuk usaha Tpk Jaini. Tuhan memberkati.
Catat Ulasan