Pengikut

06 Oktober 2010

EKSPEDISI 1PITAS

Cadangan saya dlm fb untuk mengadakan jelajah di kawasan sokid dan hulu Pitas mendapat respon yang memberangsangkan. Malahan ada yang memurnikan idea ini dengan mencadangkan agar jelajah ini dijadikan sebagai penilai terhadap kemajuan daerah Pitas dalam tempoh 15 tahun yang lampau sehingga sekarang, khususnya menilai kembali janji-janji semasa pilihanraya 2008 yang lalu. Antara tujuan ekspedisi ini ialah menjadi smart partnership dengan kepimpinan politik dan agensi pelaksana dalam menilai sejauhmana projek pembangunan fizikal dan modal insan berjaya diterjemahkan di peringkat lapangan.
Kita sedar bahawa semua projek dan program bersumberkan wang rakyat. Oleh itu adalah wajar agar proses review dibuat bagi menilai pencapaian sebenar. Sebagai contoh, kadangkala ada projek jalan raya, dalam tender sejauh 15km, ditabur batu gred 2. Tapi di lapangan yang ditabur hanya sejauh 3 kilometer dan itulah yang diambil gambar sebagai laporan. Selebihnya dibuat secara ala kadar. Kita tidak pernah mempertikai usaha murni kerajaan membangunkan rakyat tapi rasanya kita perlu memberikan kerjasama dalam konteks review dan post mortem.
Eskpedisi 1Pitas dijangka dijalankan pada hujung November yang dianggotai oleh rakan2 yang prihatin, khususnya melalui fb dan kemungkinan disertai oleh wartawan.
Apakah anda prihatin dan berminat menyertai ekspedisi ini? Sila lawatlah fb saya. Maklumat lanjut akan dipaparkan.

Tiada ulasan: