Pengikut

07 September 2010

DEMI MASA DEPAN MOMOGUN



Pada 4 September lalu berlangsung memorandum persefahaman di antara Protestant Church In Sabah (PCS) dengan Persekutuan Guru-Guru Kristian Sabah (PGKS) berkaitan pengambilalihan pelayanan asrama PCS di Sikuati. Asrama PCS di sikuati yang dikenali sebagai asrama bantaran dibina pertengahan 80-an melalui bantuan persatuan doktor-doktor gigi Kristian di German. Terletak betul-betul di prime land Sikuati, asrama ini telah beroperasi hampir 20 tahun.Pada tahun 1998, atas sebab-sebab tertentu, PCS terpaksa menutup pelayanan asrama ini dan pastinya keputusan ini mendatangkan risiko terhadap masa depan generasi momogun. Pada penghujung tahun 2008, hanya ada 5 orang penghuni asrama ini.
PGKS dengan kerjasama Scripture Union Sabah (SU) telah berunding dengan PCS untuk meneruskan pelayanan di asrama ini. PCS bersetuju dan dalam tempoh 6 bulan pertama PGKS-SU telah bekerja keras mencari dana untuk membaikipulih bangunan. Dengan kerjasama SU dan guru-guru yang prihatin, dana pertama sekitar 20K berjaya diperolehi. Pada Jun 2009, asrama ini kembali dibuka dengan pelajar seramai 21 orang. Seorang guru iaitu Cikgu Jaslin Okirim dengan sukarela menjadi warden. PGKS-SU meneruskan usaha mencari dana dan mendapat RM10,000 untuk melengkapkan kemudahan asas. Puji Tuhan, tahniah dan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang prihatin.
Kini terdapat seramai 42 orang pelajar yang sedang menghuni asrama ini. MoU yang baru ditandatangani merupakan formaliti rasmi menandakan pelayanan esklusif PGKS-SU di asrama ini yang bakal berakhir pada Disember 2012. PCS tidak lagi perlu mengeluarkan dana untuk membiayai asrama ini. Salah satu terma dalam MoU ialah kedua pihak boleh berbincang untuk meneruskan pelayanan ini selepas Disember 2010. Dalam MoU tersebut, PCS diwakili oleh Pdt Janius sementera Cikgu Juining mewakili PGKS yang disaksikan oleh Presiden PCS dan Setiausaha Agung SU Sabah dan seorang peguam pemerhati.
Saya secara peribadi amat berbangga dengan pencapaian PGKS ini. Pengambilalihan asrama menandakan satu lagi anjakan dimensi PGKS yang bukan sahaja terlibat dalam program pembangunan insan melalui kem, bantuan pendidikan dan sebagainya malah berani mencabar diri untuk skop yang lebih luas dan berskala jangka panjang. PGKS yang saya terajui sejak 1997 tidak menerima dana khas/tetap dari mana-mana organisasi apatah lagi dari kerajaan namun berupaya meneruskan pelayanan kerana sokongan beberapa individu dan guru-guru yang banyak berkorban. Ya, orang selalu berkata jangan hanya hebat berkata-kata tetapi banyak bertindak.Saya fikir organisasi PGKS adalah organisasi yang lebih banyak bertindak daripada bercakap. Pastinya tidak ramai yang sedar ini. Promosi dan prestij diri bukan matlamat kita kerana kita tahu dengan siapa kita bekerja dan siapakah majikan kita yang sebenarnya.

3 ulasan:

ubi_kayu berkata...

TAHNIAH! Tuhan memberkati.

MAKLIN MASIAU berkata...

TQ ubi kayu. kemuliaan utk DIA

Rakan Lama berkata...

Bah....teruskan Tuhan Berserta PGKS