Salam bertemu kembali. Agak lama tak update blog yg sederhana ini. terima kasih kepada pelawat blog ini kerana masih setia mengunjungi teratak saya ini.. Dalam tempoh 8 hari, saya tinggalkan laptop di rumah dan bercuti bersama keluarga disamping menyelesaikan beberapa urusan dan temujanji. Cuti taklah jauh sangat. Bersama keluarga mengembara dari Pitas melawat beberapa tempat bersejarah di Sandakan. Disamping memberikan peluang kepada anak-anak menjejakkan kaki di Sandakan, saya turut menyegarkan diri dengan sejarah awal Sabah yang banyak dicatat di Sandakan memandangkan Hari Malaysia akan tiba.
Kami melawat rumah Agnes Keith, gereja tertua di Sabah (St.Michael), Kuil, Tugu peringatan Jepun dan tempat lain. Sandakan menyimpan banyak sejarah tentang Sabah dan rasa bangga kerana peninggalan itu masih wujud secara nyata dan bertulis. 3 hari di Sandakan agak mengujakan. Namun yg jelas, kuasa ekonomi sangat jelas di tangan komuniti Cina. Kekuatan komuniti mereka sangat jelas melalui persatuan sosial, NGO dan pemilikan aset.Tidak hairanlah kalau Sandakan digelar Little Hongkong. Satu sudut, sentuhan golongan swasta dalam pembangunan amat ketara. Laluan dari check point 32 sepatutnya sudah lama dibuat dua lorong. Trafik sangat teruk dan ini melemahkan semangat untuk membawa kenderaan ke Sandakan. Laluan tersebut sepatutnya dah lama dinaiktaraf.Kan ada duit ratusan juta !!!
Memang tak sah mengunjungi Sandakan kalau tak pergi ke Sepilok. Hanya anak-anak yang teruja.Nampaknya tak banyak peningkatan di kawasan tersebut. Lokasi pemerhatian sangat panas dan kebanyakan pelancong tak bertahan lama di sana. Pusat penyelidikan Probiscos Monkey di Labuk ternyata tidak merugikan untuk dikunjungi. Walaupun agak jauh (17km) tetapi berbaloi. Kita dapat menyaksikan bagaimana komuniti monyet ini secara berkumpulan makan dengan pelbagai telatah.
Kami meneruskan perjalanan ke Ranau.Sudah sekian lama tidak memandu laluan Telupid ke Ranau. Nampaknya jalan agak baik dan beberapa tempat telah dinaiktaraf. Melewati Kg Tompios Ranau, hati saya sayu melihat keindahan Sungai Liwogu yang menjadi lagenda kaum dusun. Sungai ini yang bercabang kepada Kogibangan dan Kawananan dan disinilah letaknya pokok NUNUKRAGANG yang menjadi lagenda asal usul kaum Dusun (kadazandusun).Saya ingat betul cerita bapa saya bahawa asal usul nenek moyang "kita" ada kaitan dengan nunukragang. Apabila berpecah maka sebahagian mengembara melalui Sungai Kawananan. Saya berhenti dan mengambil gambar. Kelihatan bangunan mercu tanda NunukRagang yang dibina oleh KDCA bagi memperingati lagenda ini.
Saya menutup perjalanan dengan bersantai di Lee Meridien. Kesempatan seperti ini membolehkan saya "menghabiskan" beberapa buah buku yang ssudah lama dibeli. Pelbagai kapasiti memerlukan perlu ada ilmu dan maklumat bagi menambahkan "daya saing". Disamping itu saya turut membeli beberapa buah buku bagi menambahkan pengetahuan tentang sejarah Borneo, khususnya Sabah. Antaranya ialah Inland People Of Sabah, The Population Of Borneo, Reforming Political Financing in Malaysia, Mother Of All Scandals, dll. Entah bilalah ada masa untuk menghabiskan buku-buku ini. Mungkinkah perlu sekali lagi perjalanan jauh barulah selesai. Haha...
Perjalanan yang sederhana dan agak memenatkan membuatkan mata dan hati kita dekat dengan realiti masyarakat Sabah. Disamping masa untuk keluarga, masa yang ada digunakan untuk memikirkan pelbagai strategi baru dengan suasana yang semakin mencabar.
P/S : Sempena Hari Malaysia, saya tukar template berlatar Gunung Kinabalu. Memandang gunung ini, membawa saya menjangkau jauh ke depan, apakah gunung ini tetap milik dan mercu tanda kebanggaan rakyat Sabah sampai selama-lamanya?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan