Pengikut

17 September 2010

Bukan Menyertai tapi MEMBENTUK

Talian internet yang kurang baik serta kesibukan persiapan ibadah doa untuk Malaysia semalam menyebabkan saya tidak dapat menulis sesuatu sebelum 16 September, tarikh keramat untuk Malaysia. Agak menghairankan, kenapakah satu peristiwa rasmi dan paling grand yang membawa kepada kewujudan satu negara baru masih diperdebatkan sehingga masa kini? Saya tidak mahu mengulas dari sudut sejarah lagi kerana 16 Sept 1963 sudah dibukukan secara rasmi. Saya melihat polemik ini bukan lagi soal "kenapakah itu harus berlaku"?. Dengan jujur & ikhlas, saya menerima Malaysia sebagai sebuah negara dan saya berbangga menjadi rakyat Malaysia. Bahkan ajaran Kristian juga mendorong umatNya untuk mencintai negaranya kerana setiap yang berlaku adalah keizinan tangan Tuhan.
SALING MEMERLUKAN....Kalau Datuk Lajim dan Datuk Rahim Bakri dalam kenyataan berkata bahawa kemasukan Sabah dalam Malaysia tidak sia-sia memang ada kebenaran. Berkontekskan suasana pada masa itu, memang "kita" hampir-hampir tiada pilihan. Mau tak mau mesti menyertai Malaysia. Perundingan pada masa itu telah mencapai keputusan "menang-menang". Borneo Utara mencapai kemerdekaan, ancaman Indonesia dikekang dan pembangunan, sementara di pihak Tanah Melayu, komposisi kaum kembali berubah di mana kaum bukan Melayu bukan lagi menjadi majoriti. Perundingan Malaysia memperlihatkan dua pihak saling memerlukan. Tanah Melayu perlukan Borneo Utara demi mengimbangi kaum dan Borneo Utara pula perlukan Tanah Melayu demi logistik.
PENGORBANAN....Pihak manakah yang kelihatan perlu banyak berkorban? Sudah tentu Borneo kerana pada waktu itu Borneo ditadbir sebagai sebuah NEGARA oleh British dan bukannya sebagai sebuah negeri (seperti negeri di tanah melayu). Buktinya sejak tahun 1881 sehingga 1963, terdapat 30 orang Gabenor Borneo Utara yang mengetuai Sabah dan jawatan ini tidak wujud di setiap negeri Tanah Melayu. Jawatan tertinggi British di setiap negeri hanyalah residen. Ini MEMBUKTIKAN bahawa Sabah adalah sebuah NEGARA pada waktu perundingan berlangsung. (Bukti lanjut boleh membaca buku suntingan Dr.Danny Wong Tze-Ken). Oleh kerana Sabah adalah sebuah negara maka percantuman ini akan memberikan impak kepada autonomi sedia. Oleh itu 20 perkara dipersetujui sebagai pengekalan autonomi ini. Persetujuan bersyarat melalui 20P memperlihatkan pengorbanan yang besar dilakukan oleh Borneo Utara. Saya percaya hanya yang IKHLAS yang sanggup berkorban.Perkara 4 dalam 20P yang berbunyi "ketua negeri di Borneo Utara tidak layak untuk dipilih sebagai Ketua Persekutuan dan perkara 7 ""tidak berhak keluar daripada Persekutuan" adalah bukti pengorbanan ini.
20 PERKARA...Saya tidak mahu mengulas lanjut tetapi yang perlu ditegaskan ialah 20 perkara adalah memorandum yang ditandatangani oleh pelbagai kumpulan etnik di Sabah termasuk UNKO,USNO, UPDP dan Pasok. Dibentang,dibahas dan dimasukkan dalam IGC, akhirnya disahkan dalam seksyen 14 Laporan IGC yang berbunyi "...In certain respects...The Committee agreed that more important undertakings should be included in the formal agreement and envisaged that the other undertakings and assurance might be dealt with in exchange of letter between the Government concerned..." Pastinya kalau 20 perkara tidak wujud maka MALAYSIA tidak akan wujud sekarang.
KEIHKLASAN...47 tahun berlalu..terus menjadi perdebatan. Generasi demi generasi terus mempersoalkan, sejauhmana? Sebelah pihak kata biarlah itu menjadi sejarah dan terimalah hakikat. Namanya..pasrah ! Sebelah pihak lagi kata, syarat tak ditunaikan malah banyak yang semakin "hilang". Bagi saya, semuanya soal kejujuran. Pastinya semua pihak yang berunding pada waktu itu berlandaskan kejujuran. Saya yakin Tunku Abdul Rahman pihak Borneo, Suruhanjaya Cobbold dan IGC juga jujur. Soalnya keihklasan mereka ini gagal diteruskan oleh generasi kepimpinan seterusnya. Kedua pihak bertanggungjawab meneruskan kejujuran ini. Sebarang persoalan tentang 20P harus dilihat bermula dari kepimpinan persekutuan dan negeri sejak 1963 dan soroti gerak laku mereka sehingga sekarang. Datuk Karim Ghani (31 Julai 2010) berkata bahawa penghakisan terhadap 20P adalah secara evolusi dan sulit untuk dibetulkan lagi kerana telah "bersebati" dalam bentuk akta/polisi/dasar yang turut disokong dan diundi oleh kepimpinan Sabah. Akhirnya, jangan buat-buat lupa bahawa mungkin anda pernah mengundi pemimpin yang telah menyokong mana-mana polisi/akta/dasar yang berkaitan.

P/S : Pisang Tidak Akan Berbuah Dua Kali

2 ulasan:

marcuskhoo berkata...

Hi. After reading your post, I thought I'd share this link: http://pengayau.wordpress.com/. It's a blog yang saya dah membaca agak lama sudah. Agak menarik jugak la, walaupun cara kutukan dan sindiran dia kadangkala agak melampau. :)

MAKLIN MASIAU berkata...

Oh ya saudara Marcus.sya pun tag kpd web ini juga.Web ini juga memaparkan tulisan Datuk Amar James Wong, yg mana sya juga turut memiliki tulisan asal Datuk Amar. Saya setuju dgn apa yg dia tulis.ya, maybe terlalu berterus terang. cara saja yg agak keras tapi niat dan fakta wujud. Ulasan sya agak sederhana dan melihat isu ini dr sudut lain.Saya lebih suka melihat ke hadapan.