
Lalu...saya teringat Jadual 9 (perkara 74 & 77), Senarai II dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyenaraikan bahawa TANAH adalah bidang kuasa kerajaan negeri. Lalu...saya berbual dengan isteri saya, bagaimana syarikat yang berpengkalan di semananjung seperti IJM, TH, IOI (FELDA & FELCRA inda payah sebutlah)boleh memperolehi tanah ribuan ekar di Sabah. Saya sebagai rakyat Sabah, rasanya berhak tahu !!! Sekadar nak tahu tak salah kan....
Saya kongsikan sedikit kekayaan bumi Sabah. 60% hasil sawit Malaysia disumbangkan oleh Sabah. Sayangnya 80% ladang sawit di Sabah bukan milik Sabah. Pada masa yang sama cukai korporat turut tidak dinikmati oleh Sabah. Pekerja asing pula menghantar wang ke luar. FELDA pula diberi 300,000 hektar. Hutan Sabah pula diratah2 atas kapasiti FMU selama 100 TAHUN. Syarikat2 yg diberi konsesi FMU berpengkalan dari mana??? Purata pengeluaran minyak 73,000 tong sehari (minyak mentah). Sayangnya kita hanya dapat 5% (siapa yang sign perjanjian??)Pendapatan hasil minyak pada tahun 2004 sebanyak RM5.089 billion dan Sabah hanya dapat RM254.88 juta sbg royalti.
Banyak lagi sumber kekayaan negeriku sayangnya kita tetap ke-3 termiskin di Malaysia. (akan dikupas pada masa akan datang). Kita telah merdeka 47 tahun yang lalu.Salah satu sebab Sabah bersetuju dalam gagasan Malaysia ialah untuk pembangunan. Saya ada hak untuk menoleh kembali sejauhmana pembangunan itu berlangsung dengan pesat kerana kita ada hasil yang sangat lumayan. Hampir seluruh daerah Sabah ini saya telah kunjungi dan saya masih melihat kemiskinan yang menyedihkan. Salah satu, saya masih ingat bahkan menyimpan keratan akhbar yang melaporkan 10 projek utama RMK9 yang diumumkan oleh PM dulu iaitu Pak Lah. Itu dah lama. Salah satu projek ialah membaiki atau menaiktaraf jalan langkon-kota belud. Hasilnya apa? Kita semua tahu berapa jauh ja jalan yang dibaiki. Sekarang dah masuk RMK10....Apakah hanya sejauh itu?
P/S : ORANG ASLI DI SEMENANJUNG TERPAKSA KE MAHKAMAH UNTUK MEMPERTAHANKAN TANAH MEREKA. SAYA BERHARAP SAMPAI BILA-BILA PUN SAYA TAK PERLU KE MAHKAMAH UNTUK MEMPERTAHANKAN TIANG RUMAH SAYA. INILAH HARAPAN SAYA SEMPENA HARI MALAYSIA TAHUN INI.
1 ulasan:
YB kita sendiri tu menteri pngangkutan.. apa yg dia buat??!!! Ini la masalahnya bila negeri kita dipimpin oleh parti yang berpangkalan di semenanjung. Mungkin takut hilang pangkat kalau timbulkan hal2 pembangunan Sabah. Cuba kita lihat parti dari mana yg lantang bercakap mengenai hak2 penduduk Sabah, parti dari Sabah khususnya UPKO.
Catat Ulasan