Hari ini, kemerdekaan Tanah Melayu. Pada waktu perundingan berlangsung di London, tidak wujud dalam pemikiran Tunku Abdul Rahman tentang Sabah dan Sarawak. Fakta yang jelas bahawa pengisytiharan kemerdekaan tidak menyebut Sabah dan Sarawak. Kita harus kembali kepada fakta dan sejarah sebenar.
Sejarah menjelaskan bahawa penjajahan terhadap Sabah dan Sarawak bukannya direct colonialisme melainkan melalui golongan kapitalis atau pemodal yang merupakan lambang kepada golongan borjuis yang lahir di Eropah selepas era kelahiran baru di Eropah. James Brooke dan SBU melalui Dent bersaudara merupakan golongan kapitalis yang belayar dengan ehsan pemerintah untuk mencari sumber dan pasaran dagang baru. Selepas itu barulah mereka menyerahkan kepada kolonial secara rasmi. Menurut catatan sejarawan (yang kurang didedahkan secara esklusif), British merancang memberi kemerdekaan tersendiri kepada Borneo cuma sedikit lewat iaitu sekitar 10 tahun selepas Tanah Melayu. Ini kerana British melihat tahap kesesuaian dan kesediaan Borneo ke arah pemerintahan sendiri. Kalau ini yang berlaku kemerdekaan Borneo semestinya di sekitar 1967.
Tetapi sebelum rancangan British terlaksana, idea penubuhan Malaysia telah wujud melalui Tunku Abdul Rahman. Dengan pelbagai faktor maka Sabah Sarawak tidak banyak pilihan pada waktu itu (akan dikupas pada 16 September). Untuk memastikan sejauhmana Sabah Sarawak bersedia menyertai Malaysia, maka British menubuhkan Suruhanjaya Cobbold. Apakah cerita lain yang tidak "disejarahkan" tentang suruhanjaya ini? (akan dikupas pada masa akan datang).
Sejarah inilah yang harus kita pegang dan menjadi justifikasi yang kuat kenapa kita tidak lah terlalu teruja dengan tarikh 31 Ogos. Dalam semua peringkat rundingan untuk kemerdekaan 31 Ogos, wakil daripada Borneo hampir tidak wujud. Sejarah yang dibukukan ialah Kemerdekaan Tanah Melayu dan bukan Kemerdekaan Malaysia.
Sama ada anda setuju atau tidak, suka atau tidak, inilah SEJARAH. Kalau anda berkata lupakan yang lalu dan buka minda baru, itu samalah dengan membakar identiti diri. Memang kalau kita bertanya kepada sejarawan yang berpengkalan di semenanjung seperti Khoo, Ramlah, Ranjit, dll pastinya mereka mempertahankan 31 Ogos. Kalau kita bertanyakan kepada ahli politik, mereka akan minta rakyat berfikiran terbuka. Tapi saya lebih suka bertanya kepada hati saya. Apakah saya selesa mengobarkan 31 Ogos atau 16 September? Tan Sri Simon Sipaun dalam kertas kerjanya pada 31 Julai 2010, mencadangkan agar buku-buku sejarah perlu disusun semula khususnya yang berkaitan sejarah negara agar lebih tepat, adil dan "selesa" kepada semua lapisan rakyat Malaysia. Semuanya bermula dari bagaimana buku sejarah ditulis. Acuan politik yang mempengaruhi pengsejarahan harus diubah.
Kita memaksa diri menerima sesuatu yang songsang adalah salah satu unsur kepura-puraan yang berlaku dalam diri tanpa kita sedar.

1 ulasan:
Saya sependapat dengan anda!
Catat Ulasan