Pengikut

29 Ogos 2010

SETITIK DARAH MENYELAMATKAN JIWA




Syukur, puji Tuhan. Program derma darah yang dirancang berjalan dengan baik kelmarin. Usaha Majlis Gereja-Gereja Pitas selari dengan keperluan darah yang kritikal di Hospital Pitas maka kami menyahut tanggungjawab dalam komuniti sosial. Sebanyak 17 pain darah dapat dikumpul. Seorang staf dalam unit tabung darah berkata ini sudah jauh lebih baik berbanding "saya duduk seminggu" dan tiada seorang pun tampil menderma. Sebenarnya ramai juga yang datang tetapi tidak lulus "tapisan" kelayakan sebagai penderma. Terima kasih kepada semua penderma dan kerjasama semua pemimpin dan jemaat pelbagai denominasi. Semoga usaha ini dapat membantu pihak hospital dalam memenuhi keperluan darah yang kritikal.

2 ulasan:

ubi_kayu berkata...

Puji Tuhan!! Saya sangat berbangga ada usaha seperti ini yang dilakukan oleh Majlis Gereja-Gereja Pitas & Hospital Pitas. Diharapkan lebih banyak organisasi2 dan individu2 dapat melakukan perkara yang sama. Tahniah utk anda dan semua yang terlibat!

sukungpunuh berkata...

darah adalah nyawa..memberi darah bermaksud memberi nyawa kpd org yg memerlukan..semoga sedikit prbuatan yg sederhana dari umat Allah ini..bisa memberikan ksaksian yg hidup kpd org blum percaya dan strusnya memuliakan Allah Tuhan kita