Pengikut

12 Julai 2010

SONSOGON : MOSIK TOKOU

10 Julai 2010, sejarah baru dicatat apabila AJK Penaja Persatuan Bangsa Sonsogon Sabah telah ditubuhkan. Seramai 26 orang wakil dari 10 buah kampung telah hadir dan berjaya membentuk sebuah AJK Penaja. Sebenarnya sejak setahun lalu idea penubuhan ini mereka telah suarakan tetapi saya agak keberatan menerima kerana saya harus mengukur dari pelbagai sudut. Tahun ini juga, dua pertemuan diatur dan saya masih meminta untuk mempertimbang. Akhirnya saya mempertimbang permintaan mereka demi bangsa saya Sonsogon. Bangsa Sonsogon utk daerah Pitas terdapat di Kg.Nibang, Soniton, Mongkobusu, Bambangan, Maliau Layung, Maliau Pusat, Dowokon, Mandamai Bai dan tempat-tempat lain. Keseluruhan dianggarkan ada 2000 org Sonsogon di Pitas dan pengundi sekitar 1000 orang. Di Kota Marudu, bangsa kami ada di wilayah Sonsogon Suyad/Magandai dan bilangan mereka lebih ramai berbanding di Pitas. Apakah masa depan Sonsogon selain tempat menuai janji dan undi? Moga persatuan ini dapat memimpin Sonsogon ke arah masa depan yang lebih terjamin.

5 ulasan:

sukungpunuh berkata...

bangsa yg teguh dan maju adalah bangsa yg sedar dan bersatu....syabas kaum sonsogon...

Rakan Lama KDCA berkata...

Bermula biasanya dgn kekurangan, bertahan lama biasanya mencabar tetapi itu hanya sebahagian daripada ranjau dan liku menuju KEJAYAAN! Tahniah kepada Bangsa Sonsogon, satu lagi kaum asal bumi kita bangun dan berjuang.

MAKLIN MASIAU berkata...

sukungpunuh &rlKDCA, tq dgn komen dan sokongan. inilah mau logot2 ni. kita hmpir2 tiada pilihan bah.mau inda mau kena bangkit juga.walau bahu dan otak dan penat pikul beban tapi hati selalu berkata di sebalik

putrajuns berkata...

Salam sejahtera cikgu..

10 julai 2010 merupakan titik paling bermakna dalam bangsa kita..Terima kasih untuk cikgu, kerana sudi dan bersedia memikul tanggungjawab sbg presiden bangsa kita. Sebenarnya sejak tingkatan 5 saya sudah mula iri hati kepada bangsa2 lain kerana bangsa mereka mempunyai persatuan. Disekolah-sekolah ramai yang tidak mengenali suku sonsogon sedangkan pada hakikatnya kita wujud. Saya terfikir juga mungkin disebabkan rata2 daripada golongan veteran tidak ada pendidikan yang membolehkan mereka berfikir masa depan bangsa kita seperti bangsa lain. Semoga dengan pimpinan cikgu dapatlah kita bersaing sepeti bangsa2 lain yang terlibat dalam semua peringkat seperti perkhidamtan idea mahir (professional), dari sudut ekonomi, perundangan dan politik. Semoga cikgu berani meletakan 1 keberadaan bangsa kita di masa hadapan seiring dengan bangsa2 lain dalam konteks pemikiran.

Akir kata Sya amat bangga dengan cikgu, semoga tanggungjawab yang dianugerahkan Tuhan kepada cikgu sebagai Presiden Bangsa Sonsogon dapat mendorong cikgu mencapai misi yang mampu untuk bangsa lain kagum dengan pencapaian bangsa kita.

MAKLIN MASIAU berkata...

Putrajuns...anda adalah sebahagian drpd generasi baru Sonsogon yg ada potensi utk maju ke hadapan. Sejak lahir Tuhan telah anugerahkan potensi kpd setiap org supaya saling melengkapi. Tuhan merahmati bangsa kita.