Pengikut

12 Julai 2010

DI PUNCAK DUNIA

Akhirnya Sepanyol menjadi juara Piala Dunia buat pertama kali. Bravo ! Tahun lepas mereka menjadi Juara Eropah dan kini berada di kemuncak dunia dengan prestasi menakjubkan sepanjang kempen Piala Dunia. Tidak rugi bersengkang mata. Kedua pasukan mempamerkan mutu permainan berkelas dunia walaupun agak berhati-hati namun ternyata kawalan dan hantaran pendek dikuasai oleh Sepanyol. Belanda dilihat terlalu bergantung kepada Robben serta pendekatan fizikal taktikal. Peluang yang diperolehi agak seimbang namun saya perhatikan kalau Robben berjaya menjaringkan gol awal keadaan mungkin sukar bagi Sepanyol. Tahniah sekali lagi kepada Sepanyol. Anda memang layak ditabalkan sebagai juara.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

spain memang mantap dalam segala tempat disamping tuah menyebelahi mereka..mereka pasukan terbaik dunia..mereka berhak jadi juara