Pengikut

10 Julai 2010

SEKEPING GAMBAR ITU !!!!

Semasa saya posting pada Disember 1994 di SMK Pitas, baru menghampiri 23 tahun. Awal 1996 saya dipindahkan "24 jam" kerana sikap fanatik dan prejudis segolongan manusia. Masih muda dan mentah,tidak membantah. Akur dan pindah. Hujung 1999,saya kembali lagi ke SMK Pitas. Itu cerita lama. Boleh diingat sebagai catatan roda hidup.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Apabila saya postkan gambar saya bersama YB Lim Kit Siang di blog ini dan facebook, itu bukan spontan atau kebetulan. Banyak aspek telah difikir dan dipertimbang dengan andaian bahawa pemikiran fanatik dan prejudis itu sudah luput di bumi Pitas. Harapan bahawa peredaran masa, perkembangan ilmu, penguasaan tamadun akan membuka lembaran baru di dalam minda. Ya, majoritinya ada perubahan namun sisa itu masih ada dan amat membeku. Menjangkau sebulan respon di facebook, blog (tapi saya tidak terbitkan) dan secara berdepan penuh variasi. 95% respon di facebook dan blog adalah positif dan amat mustahil kita mendapat 100% respon positif. Yang amat menarik ialah maklumbalas secara berdepan.
Hari ini saja adalah sekumpulan kawan dari Kg.Dandun menemui saya meminta penjelasan tentang "cerita" sebenar tentang gambar itu kerana ternyata berita itu telah meluas dan dikatakan telah melibatkan respon pemimpin politik di "atasan". Mingu-minggu sebelum ini juga saya agak sibuk memberikan penjelasan. Rata-rata mereka mengatakan bahawa mereka "mendengar" bahawa ada pihak tidak puas hati dan mencadangkan agar saya DIPINDAHKAN. Ringkasnya mereka mulai tumpang simpati.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Sekarang saya telah berusia 38 tahun, bertugas selama 16 tahun dan memegang jawatan Penolong Kanan Pra-U DG44. Pada waktu memori "24 jam" itu, saya hanya DG6 dan motto "saya yang menurut perintah" adalah yang utama. Pada waktu itu, setiap hujung minggu saya berjalan kaki balik ke Kg.Dandun "bersosial rohani" dengan masyarakat di sana. Hari ini, masyarakat saya bukan hanya di kg saya dan Kg Dandun. Kapasiti kerjaya, tugas dalam gereja dan kemasyarakatan yang meliputi Pitas, Sabah bahkan Nasional, menjadikan saya bukan lagi anak kecil yang hanya sekadar "dilambung-lambung" oleh golongan prejudis.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Mari kita berfikir dan bertindak secara terbuka dan profesional. Kalau sekadar kerana sekeping gambar pun kita rasa takut dan terancam, maka apakah taraf kepimpinan kita? Apatah lagi, sejak saya keluar dari PBS pada 9.1.2010, saya tidak berparti. Fikirkanlah, siapalah saya utk ditakuti, sekadar orang biasa dari kampung yang tiada jalanraya, elektrik, air dan hanya "menghambakan" diri kepada pelayanan gereja, kemasyarakatan dan kerjaya. Saya sedia dinilai atas kapasiti kerjaya. Apakah saya tersenarai dalam 117 orang guru yang disenaraihitamkan baru-baru ini kerana prestasi kerjaya yang teruk? Kalau saya tidak datang bertugas,ajar sambil lewa atau sebarang pelanggaran profesionalisme, sememangnya tindakan perlu TETAPI kalau setakat rasa terancam, prejudis dan sentimen kerana sekeping gambar, maka itu hanya mendedahkan tahap kredibiliti dan kekuatan minda kepemimpinan.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kenapa takut degan "suara rakyat"/ rakyat yang bersuara... bukankah sepatutnya takut degan "Wakil Rakyat" .

sukungpunuh berkata...

pihak yg tida puashati tu sebenarnya takut masa depan parti yg disokongnya yang kian terdesak, ada juga kaitan hati dan fikiran yg songsang dan mata yang buta yang tidak mau melihat kebenaran, ketidakadilan dan penindasan terhadap rakyat..

MAKLIN MASIAU berkata...

saudara sukung penuh, tq dgn komen tapi rasanya ini tiada kena mengena dgn parti.hanya melibatkan sesetengah individu/pemimpin.

Rakan Lama NGO berkata...

Sabar sajalah tuan Mark, "diorang" memang macam tu. Org mcm kita ni selalu diperhati dan kadang2 digertak tapi kita mesti bertahan dan kadang2 tukar strategi. Kadang2 ikut strategi Nabi kena BERhijrah.hehehe

MAKLIN MASIAU berkata...

saudara rlNGO, tq dgn penpdt & sokongan.inilah sedang2 fikir2lah ni nak "berhijrah" tapi blm ada utusan hudaibiyah. hehe