
Persoalan saya mudah, bolehkah Malaysia wujud tanpa Sabah Sarawak? Berapa pihak kah yang menandatangani Perjanjian Malaysia? Bukankah faktanya jelas bahawa Malaysia dibentuk oleh "persetujuan 4 buah negara" (kemudian 3 negara). Ternyata kenyataan beliau mendapat respon dari pelbagai pihak. Bagi saya respon dari masyarakat adalah perkara biasa. Yang kita tunggu-tunggu ialah respon dari org politik kerana mereka lah yang berada " di depan" dalam semua hal. Setakat ini hanya Tan Sri Bernard Dompok dan Datuk Masidi Manjun yang berani mengeluarkan pendapat menyanggah Dr.Ranjit. Yang lain mana sudah? Apakah mereka sudah kehilangan sentimen Sabahan atau menganggap ini sbg isu remeh?
Pendapat saya....saya mulai bimbang kalau tokoh akademik/sejarahawan mulai terlibat memberikan pendapat yang songsang dengan fakta sebenar. Apakah ini sekadar pendapat akademik atau ada udang di sebalik batu? Apakah golongan tertentu mulai menggunakan tokoh akademik untuk menyokong kehendak mereka?. Sememangnya banyak hak Sabah sudah terhakis khususnya dalam 20 perkara. Secara realiti kedudukan Sabah sudah setaraf dengan negeri-negeri di Semenanjung..BAHKAN !!! jauh lebih teruk. Dari segi pembangunan dalam semua aspek memang jauh ketinggalan. Kebimbangan pemimpin kita pada waktu (1963) ternyata benar. Oleh itu dari segi fakta sejarah dan perundangan memang pendapat Dr.Ranjit agak songsang tetapi dari segi realiti masa kini, itu sangat TEPAT. Dari segi positif moga2 pendapat beliau ini berupaya menyedarkan minda Sabahan tentang kedudukan dan masa depan kita. Berdiam diri mampu menghilangkan fakta sejarah. Kompromi mampu menghilangkan hak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan