Banyak perkembangan yang menarik untuk dikongsi. Dari peringkat kampung, daerah, negeri dan nasional. Tidak kurang yang minta saya mengulas keputusan PRK di Sibu. Banyak yang boleh dikupas dari keputusan itu apatah lagi semasa kempen salah seorang rakan peguam saya turut berada di Sibu (berkempen?). Juga semasa pengiraan undi saya berhubung secara langsung melalui FB tentang situasi genting "2 jam" itu. Namun memikirkan dari pelbagai sudut saya harus mengabaikan isu ini. Isu dua blok minyak yang "diserah" kepada Brunei juga menarik untuk dikupas tetapi oleh kerana saya belum ada maklumat dari sumber berbeza maka rasanya belum ada keperluan diulas.
Di daerah Pitas, baru saja berlangsung beberapa acara yang menarik. Pesta Bengkoka yang gah menelan belanja ratusan ribu baru sahaja berlalu dengan meletakkan Kaamatan di status kedua. Sudah 3 tahun berturut-turut Kaamatan daerah "dilayan" seperti ini. Mungkin "mereka" ada justifikasi tersendiri dan tidak mahu mendengar keluhan kelompok lain maka apa yang kita boleh buat. Biarlah masa yang menentukan hala tuju penganjuran Kaamatan daerah Pitas. Mereka ada alasan tersendiri dan kelompok lain turut ada alasan yang kukuh. Akhirnya yang memegang kuasa juga yang menang. Mentimun tetap mentimun.
UPKO Kudat buat pertama kali berjaya menganjurkan Kaamatan yang berlangsung di dewan Kg.Indah. Tan Sri Bernard sudi datang merasmikan di samping merasmikan pejabat UPKO dan menerima 7 cawangan baru UPKO. Kehadiran saya anggarkan ><200>
Tahniah kerana Majlis Daerah Pitas telah dilancarkan secara rasmi oleh Ketua Menteri pada 23 Mei lalu (diwakili oleh Datuk Yahya). Walaupun dari segi kriteria sebenar, Pitas belum mencapai standard majlis penuh, namun saya amat bersetuju dan teruja dengan langkah berani semua pihak dlm mewujudkan majlis daerah penuh. Setelah bernaung sekian lama di bawah MDKM maka inilah masanya kita berani menerima cabaran ke arah merealisasikan impian ini.Sudah pasti ini memerlukan master plan yang jelas dan terarah untuk Pekan/bandar Pitas dan kita meletakkan kepercayaan kepada YB, DO, EO, kaunselor dan staf dalam hal ini.
Sekarang kita sudah mempunyai mercu tanda yang terletak di bulatan utama simpang ke Pekan Pitas. Saya perhatikan mercu tanda itu melambangkan hasil laut/sungai dan pertanian (kayu, udang dan ikan). Dalam konteks pertanian, saya optimis tetapi hasil laut/sungai saya agak pesimis. Tidak dinafikan Pitas suatu ketika terkenal dengan udang dan ikan tetapi kini umumnya mengakui bahawa bekalan ikan dan udang datangnya dari luar daerah. Pergilah ke pasar ikan pekan Pitas dan kita akan temui pasar yang lengang sepanjang minggu, tidak ada seekor pun ikan dijual. Ini realitinya. Oleh itu saya bukan tidak setuju dgn pemilihan udang ikan sbg mercu tanda, tapi saya harap ini menjadi cabaran kpd pihak/agensi bertanggungjwb untuk memikirkan cara/sistem/kaedah untuk memulihkan imej Pitas sebagai pengeluar udang ikan terkenal.Ini boleh dilakukan melalui program projek penternakan yang meliputi semua kawasan. Bukan hanya projek "bagang" tetapi meliputi majoriti penduduk. Pengawalan hutan di kawasan hulu harus dibuat bagi memastikan sungai bengkoka "tidak pupus" dan sentiasa menjadi habitat semulajadi untuk udang ikan. Kalau tidak, mercu sekadar mercu. Dalam pada itu pemilihan lokasi tapak mercu tanda rasanya perlu dikaji balik ataupun memikirkan lokasi kedua dgn mercu tanda yg sama. Ini kerana lokasi tersebut tidak sesuai untuk mengambil gambar (lain juga rasanya posing di tengah jalan) dan oleh kerana bulatan yang kecil,telah menghalang pandangan bagi yang kenderaan kecil. Hanya dari segi lokasi. Dari segi kualiti saya akui cara mercu itu dibina berkualiti dan mampu menarik perhatian orang ramai.Tahniah !

2 ulasan:
saya juga sering bertanya kenapa pesta bengkoka lebih menonjol dari sambutan kaamatan itu sendiri. sedangkan pengisian dan aktivitinya semua adalah berunsurkan kaamatan. apa perlunya p.bengkoka ini. jika benar2 ingin mencipta satu pesta baru buat pada musim bukan kaamatan. jangan hanya menumpang kemeriahan sambutan kaamatan. siapa punya idea sebenarnya ini.
idea ni datang dari "sekelompok"????
Catat Ulasan