Sedikit terlambat berkongsi ucapan Hari Guru 16 Mei lalu. Sudah banyak tulisan tentang Hari Guru dan kerjaya guru. Berfikir..apa lagi nak ditulis. Akhirnya idea datang...saya muatkan beberapa versi SMS ucapan hari guru dan kita perhati mana satu pilihan ramai.
1. Apa cita2 u sblm jadi guru? Majistret?Lawyer?Engineer?menyesal jadi guru? cuba fikir.. ada tak lawyer yang sanggup pakai topi arkitek? Ada tak majistret yang berani pakai kot doktor? Tapi guru adalah semuanya. Kita jadi doktor bila pelajar sakit. Lawyer bila parents tanya itu ini. Majistret bila budak gaduh. Jadi security guard dan ahli nujum. Meramal soalan..itulah BELALANG. Yg hebatnya ada yg jadi tukang kebun. Oleh itu berbanggalah jadi guru sebab anda adalah segalanya.2. Dulu murid hormat dan takut guru, kini guru takut murid. Dulu guru chalk n talk, kini guru kena slow talk. Dulu guru boleh claim, kini tak boleh complain. Dulu hari guru dapat wang saku, kini hari guru dapat penyapu...gotong royong perdana.
3. Teacher is like PEPSI " Ask for more". Teacher is like NIKE "Just do it". Teacher is like NOKIA "Connecting people". Teacher is like TOYOTA " Moving Foward". Teacher is like DMAX " Duability and Reliability"
4. 3 people reached heaven's gate. God said only 1 can go to heaven, others must go to hell. 1st: I'm priest,I spread ur teaching to the world. 2nd: I'm a doctor, I save lives. 3rd :I'm a teacher. Heaven's door opened. The teacher was shocked. God said : Come in my child ! U were in hell for many years !!!
Ini antara SMS hari guru yang saya percaya kebanyakan kalangan guru telah terima. Pelbagai versi tetapi saya melihat kesamaan emosi iaitu kerjaya guru sangat mencabar dan menekan. Daripada 10 guru yang ditemui, 8 orang mengakui tekanan dalam kerjaya guru dan bersedia bertukar kerjaya kalau ada peluang lain. Tidak kurang juga yang berasa sangat boring kerana banyak dasar pendidikan yang berunsur polisi politik. Tanggungjawab kerjaya bukan lagi P & P tetapi diganggu dgn tugas2 luaran, perkeranian dan sebagainya yg tidak ada kena mengena dengan kerjaya guru. Masalah disiplin menjadi tekanan utama. Guru dan sekolah tidak ada lagi autonomi penuh seperti dahulu kala dalam pengurusan disiplin. Masyarakat telah meletakkan tanggungjawab disiplin kepada guru seolah-oleh perangai buruk pelajar itu "dicipta" oleh guru. Entah dari mana perangai buruk itu tetapi guru diminta untuk mengubah. Tetapi kalau ada sedikit ekstrim, mulahlah ugutan saman dan fizikal. Paling tidak kereta guru jadi sasaran. Siapa yang bayar? sendiri tanggunglah.... Apapun guru adalah panggilan dan bukan sekadar karier.
P/S : MANA SATU SMS PILIHAN ANDA ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan