Pengikut

26 Mei 2010

MAHKAMAH TERTINGGI IKTIRAF HAK TANAH NCR

Bagi anda pencinta terhadap HAK, sila catat ini dalam diari anda bahawa Mahkamah Persekutuan hari ini mencatatkan satu penyelesaian BERSEJARAH apabila mengiktiraf hak Orang Asli terhadap tanah adatnya di Bukit Tampoi, Dengkil. Selepas 15 tahun, tujuh orang daripada suku Temuan memperoleh pampasan RM6.5 juta daripada kerajaan persekutuan untuk tanah adat yang diambil bagi membina sebuah lebuh raya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang. Sebanyak 38 ekar tanah adat itu telah diambil oleh kerajaan pusat bagi membina sebuah lebuh raya ke KLIA tanpa sebarang pampasan.Mahkamah itu membenarkan penyelesaian tersebut dicatatkan hari ini setelah kerajaan pusat dan kerajaan Selangor bersetuju membayar pampasan tersebut kepada Sagong Tasi.

Sagong, 78, dan enam yang lain (dua daripada mereka telah meninggal dunia) daripada suku Temuan memfailkan saman terhadap kerajaan persekutuan, kerajaan Selangor dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan kontraktor United Engineers Malaysia Bhd (UEM) ke mahkamah mengenai perkara itu. Kebuntuan hanya selesai apabila pada 22 April tahun lalu, kerajaan Selangor yang dipimpin Pakatan Rakyat menarik dari daripada mencabar kes Sagong.

Bagaimanapun kerajaan persekutuan dan pihak lain berjaya mendapatkan perintah penangguhan. Pada 12 April 2002, hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohd Noor Ahmad mengarahkan kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri, MHA dan UEM membayar pampasan kepada Sagong Tasi dan enam yang lain akibat kehilangan tanah mereka itu.

P/S
1. Berita dan gambar diubahsuai dari Malaysiakini.
2. Keputusan bersejarah ini akan menjadi Doktrin Duluan Kehakiman yang bakal
menjadi rujukan dalam mana-mana kes yang berkaitan.
3. Ini merupakan suntikan semangat kepada "SAYA" yang turut tergolong dalam
komuniti "orang asal/asli" bahawa sememangnya hak tanah NCR dijamin dalam
sistem perundangan.
4. Kita boleh memikirkan langkah awal ke arah memperjuangkan hak NCR melalui
perundangan sekiranya keadaan memerlukan.

Tiada ulasan: