Pengikut

04 Mei 2010

EAST MALAYSIA AWARENESS







































1 Mei lalu saya berpeluang menyertai seminar dan dialog East Malaysia Awareness di KL, bahkan saya turut diberi peluang oleh penganjur iaitu Wawasan Penabur dan NECF untuk membentangkan isu berkaitan cabaran masyarakat bumiputera (KDM) di Sabah. Ini merupakan pengalaman yang berharga kepada saya untuk berkongsi isu dan maklumat di peringkat nasional. Penceramah/pembentang lain seperti En.Baru Bian seorg peguam terkenal di Sawarak (juga penyelaras PKR Sarawak), Mr.Lim Heng Seng (bekas hakim dan sekarang peguam terkemuka di Semenanjung) dan wakil orang asli. Berdiri di hadapan sekitar 350 orang kemudian mendengar dan menjawab soalan spontan dari hadirin bukannya mudah ini benar-benar 'menggegarkan' lutut orang kampung seperti saya. Seminar dan dialog berlangsung sehingga lewat petang. Pada sebelah malam diadakan persembahan kebudayaan dari 7 kaum utama Sabah Sarawak. Saya difahamkan oleh penganjur bahawa acara ini julung kali diadakan dan matlamat utama ialah memberikan input dan kesedaran tentang perkembangan dan isu-isu terkini Sabah Sarawak kepada rakyat Sabah Sarawak (KDM) yang bermastautin di Semenanjung.
Isu tanah menjadi topik utama. Para peguam berkongsi pengalaman mereka mengendalikan kes-kes pencerobohan tanah adat (NCR) sehingga sampai di peringkat injunksi mahkamah. Tidak terkecuali isu pendidikan, sosio ekonomi, perkataan 'Allah' dan budaya. Saya mendapat ilmu dan link baru. Satu hal lagi ialah ratusan Sabahan yang hadir rata-ratanya rindu untuk balik dan bekerja di negeri sendiri tetapi apakan daya, rezeki dan peluang pekerjaan yang dilihat terhad di Sabah memaksa mereka merantau di tempat lain. Melalui seminar ini juga saya secara peribadi mendapat suntikan semangat bahawa "kebimbangan" akan masa depan sangat penting. Selagi kita bersuara atas nama HAK, selagi itu ada harapan. Wakil orang asli berucap sambil memakai topi tradisi mereka yang diperbuat daripada daun. Dia berkata, daun itu melambangkan masa depan orang asli di Semenanjung. Ya..kita ada sebab yang wajar dan logik untuk bimbang. ADAKAH ANDA TURUT BIMBANG???

Tiada ulasan: