
(1) Siapakah yang mula-mula menjana ekonomi komoditi Tanah Melayu bermula sekitar 1890-an, sehingga meletakkan Tanah Melayu sebagai pengesport utama di dunia selama berdekad-dekad?
(2) Sejak Tanah Melayu mencapai era negara moden, siapakah penyumbang cukai paling banyak?
Soalan lisan ini khusus untuk kamu dan tidak prejudis kepada mana-mana individu,organisasi mahupun kaum. Kita sudah hidup dan menerima Malaysia sebagai negara berdaulat dan milik bersama. Oleh itu marilah hidup harmoni tanpa saling memperkecilkan kaum atau menafikan hak sesiapapun. Kalaupun org Cina dan India tidak menyokong BN, itu tidak bermaksud golongan ini tidak patriotik. Kecintaan terhadap negara tidak sama dengan kecintaan terhadap parti. Hak sebagai warganegara tidak sama dengan hak kepartian. Parti boleh datang pergi tetapi negara Malaysia tercinta tetap kekal.
Mohon maaf, saya tidak harus menyibuk hal ini atau tentang kamu tapi denyut minda saya ingin mengatakan ini. "Lagipun saya akan menduduki peperiksaan awam tahun ini dan dua soalan di atas merupakan soalan ramalan saya. Manalah tahu keluar dalam peperiksaan....."
3 ulasan:
sebagai bumiputera sabah saya melihat pertumbuhan ekonomi Tanah Melayu ditunjangi oleh Kaum cina. seperti perniagaan ,perbankkan dan perindustrian ( cthnya:kasut). Tanpa mereka tidak mungkin ekonomi Malaysia sampai ke tahap ini. Jadi kaum-kaum lain di Malaysia terhutang budi dengan mereka, kerana dapat menikmati limpahan kemakmuran hasil usaha yang mereka telah lakukan. Apakah dengan mengungkit kewarganegaraan mereka satu tindakan yang adil terhadap mereka? sedangkan laum lain juga terhutang budi juga dengan mereka kerana menikmati kemakmuran ekonomi.. Harapan 'satu malaysia'anjuran PM tidak akan tercapai sekiranya sering diungkit kewarganegaraan kaum-kaum lain kerana tidak menyokong parti politik tertentu... sekadar pandangan. Semoga tercapai impian '1 Malaysia '
Hahaha cikgu... soalan ramalan ni mungkin keluar oh. Minta-minta lah supaya Najib nda tarik blk janji tu walaupun org Cina & India tdk mengundi BN.
c ibrahim ali ni jenis poli'tikus' yg licik n pandai cr makan. d mana adabangkai yg byk lalat brkerumun di sana la dia mengintu. klu nda pcaya, cuba kamurang baca profil n sejarah pnglibatan dia dlm lanskap politik msia.
Catat Ulasan