Pengikut

07 Mei 2010

KEBIMBANGAN INI BERTERUSAN

Mungkin kebetulan tetapi sekembali dari seminar dan dialog East Malaysia Awareness minggu lalu saya meneliti isu yang ironi untuk Sabah iaitu penubuhan Makmal Pengurusan Warga Asing di Sabah. Kabinet telah menubuhkan Makmal Pengurusan Warga Asing di Sabah dengan tujuan menambahbaik pengurusan, sistem kemasukan, pemantauan dan pengesahan rakyat asing di Sabah. Makmal ini diketuai oleh TPM dengan bantuan 30 pegawai kerajaan dari pelbagai agensi, bekerja sepenuh masa selama 4 minggu.
Secara prinsip sebagai rakyat Sabah, KALAU INILAH KAEDAH TERBAIK untuk menyelesaikan IBU kepada segala masalah di Sabah sejak 40 tahun yg lalu, maka kita sokong 100%. Kita alu-alukan langkah ini walaupun kita tahu bahawa sudah beberapa jawatankuasa kabinet ditubuhkan kononnya utk mengatasi masalah ini tetapi tiada juga penyelesaian. Jawatankuasa terakhir ialah yg diketuai oleh Datuk Seri Najib sewaktu beliau masih TPM dan nampaknya tiada hasil konkrit. Sekarang bukan lagi jawatankuasa tetapi MAKMAL. Wah ini melibatkan teori dan praktikal, eksperimen dan simulasi.
Lakukanlah apa juga cara, yang penting masalah ini selesai. Bagi saya, bukan kaedah yang utama tetapi NIAT HATI YANG JUJUR DAN IKHLAS UNTUK SABAH. 40 tahun cukup untuk kita menilai kejujuran semua pihak untuk Sabah. Langkah drastik pertama ialah, kenapa tidak hapuskan IMM13? Kenapa masih dikeluarkan? Malaysia tidak pun menandatangani konvensyen pelarian dan tidak terikat dengan konvensyen PBB tentang pelarian. Kenapa masih keluarkan atau perbaharui IMM13? Masih adakah perang besar-besaran di selatan Filipina yang menyaksikan ribuan berhijrah sebagai pelarian perang?
Tapi kita beri ruang untuk MAKMAL ini. Hasilnya tidak perlu diumumkan kerana hasilnya akan dilihat di depan mata. Tak perlu dengar pengumuman hasil keputusan makmal ini nanti kerana pergi sahaja "keluar" dan kita akan nampak warga asing ada di mana-mana. Persoalan lain ialah bagaimana pula dengan warga asing yang diberikan MyKad dan jadi pengundi? Apakah makmal turut mengkaji isu ini?
Selamat bereksperimen kepada makmal ini. Ilmu, kepakaran dan pengalaman sahaja tidak cukup untuk menyelesaikan isu ini. Harus ditambah dengan elemen lain iaitu jujur untuk Sabah. Semoga makmal ini mengurangkan kebimbangan yang semakin kritikal ini.

1 ulasan:

martha berkata...

Hi cikgu..setelah sebulan mengikuti tulisan cikgu akhirnya sa tertarik untuk berkongsi sesuatu dgn cikgu..
sememangnya d Sabah x bole dsangkal lagi warga asing terlalu membanjiri negeri ini.Tidak kira d kampung2,pekan ataupun bandar Sabah warga asing ada dmana2..yg merisaukan,mereka yg lebih bnyk dlihat berkerja,berniaga,menjaja,buat jenayah n banyak lagi..keadaan ini sgt merisaukan kita bumiputra Sabah.emmm..sa pun hairan dgn keadaan ini,sejak sa kecil sampaila da bujang2 ni..hal ini x pernah berubah..apakah punca utama keadaan ini? adakah mungkin belia2 d Sabah yg x mau berkerja menyebabkan peluang pekerjaan ini terpaksa disi oleh warga asing?..ya maybe salah satu faktor utama..ke mana perginya belia2 kita?ke banyakannya mereka merantau ke semenanjung,singapore utk mencari pekerjaan yg gajinya lebih tinggi berbanding dSabah..kesian keluarga d kg sering dtinggalkan anak..saya sedang membayangkan sekiranya x warga asing d Sabah lg,bagaimana keadaan ekonomi bumiputera Sabah adakah akan lebih baik ataupun sebaliknya..hi kerajaan..do something about tis..sblm warga asing sendiri yg jd wakil rakyat d Pitas..huhu..