Sejak akhir-akhir ini banyak vending machine yang menjual air diletakkan di merata tempat. Tidak terkecuali di kawasan pekan Pitas, bahkan di sebelah rumah saya juga ada diletakkan di tepi jalan. Bagus juga ni, kemudahan untuk semua. Namun saya suka berkongsi maklumat dari Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) di Daily Express, 3 April mengenai penjualan air melalui mesin ini dari sudut perundangan.
Akta AIPA 2006 mewajibkan seseorang yang ingin menjalankan perniagaan ini perlu memiliki lesen. Perniagaan seperti ini melibatkan dua pihak iaitu pembekal mesin dan pemilik bekalan air (pemilik premis tempat dimana air diambil). Biasanya mesin air tersebut menggunakan sumber air daripada pemilik premis iaitu tempat mesin air itu terletak. Pemilik premis pula mendapatkan air daripada pembekal air yang sah, contoh SYABAS di Selangor atau Jabatan Air Sabah.
Sistem bekalan air yang kita terima dari jabatan hanya boleh digunakan untuk tujuan persendirian. Sekiranya pemilik premis menjual air kepada orang awam (dalam kes ini kepada pemilik mesin air), maka pemilik premis telah melakukan kesalahan dibawah AIPA kerana tidak memiliki lesen individu untuk pembekalan dan penjualan air kepada awam. Begitu di pihak pemilik mesin ,sekiranya tidak memiliki lesen kelas untuk pembekal dan pengagihan air kepada awam, maka turut melanggar Seksyen 4, AIPA.
Pihak NCCC dengan tegas mengesyorkan agar pihak berkuasa yang berkaitan memantau perkembangan perniagaan ini. Bagi yang benar-benar memiliki lesen hendaklah dipastikan untuk menyelenggara mesin ini mengikut piawaian jadual yang ditetapkan. Pada masa yang sama mengetatkan prosedur pengeluaran lesen ini. Seksyen 121 AIPA, rupanya mengenakan hukuman yang sangat berat sekiranya ada kematian akibat kesan secara langsung oleh sesuatu perkhidmatan air.
Paparan ini tidak sama sekali prejudis terhadap mana-mana perniagaan seumpama yang sedang wujud. Sekadar berkongsi maklumat demi kepentingan bersama. Lebih lanjut anda boleh merujuk ini dalam akhbar daily express, 3 April 2010 atau melayari NCCC dan AIPA

9 ulasan:
Salam untuk Cikgu dan rakan pembaca yang lain.
Nada soalan pertanyaan ja ni...
Oh tak sangka ada sudah menjual air dengan mesin sudah di Daerah kita..Lama tidak keluar kampung, jadi tidak perasaan ada sudah Mesin jual air ni..
heheh.
Apapun ulasan cikgu, memang berbaloi kongsi pengetauhan dari segi perundangan. Bagi saya, tujuan akta ini adalah untuk melindungi pengguna mendapat bekalan air yang terjamin dan selamat digunakan.
Selamat Maju Jaya
PITAS
ya..ini utk perkongsian maklumat. terpulang kpd kita sbg pengguna
Banyak aduan diterima oleh Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) tentang mesin air ini seperti mesin tidak disenggara dengan baik, air tidak bersih, air tidak keluar walaupun bayaran telah dibuat dan sebagainya.
Seseorang yang ingin menjalankan perniagaan menjual air kepada orang awam perlu mempunyai tanggungjawab yang berat, terutamanya berkaitan dengan isu keselamatan produk. Justeru, Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (AIPA) mewajibkan seseorang yang ingin menjalankan perniagaan ini perlu memiliki lesen. Sekiranya individu atau pemilik mesin tersebut tidak memiliki satu lesen kelas pembekal dan pengagihan air kepada awam maka pihak ini telah pun melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4, AIPA. Menurut Seksyen 121, AIPA pula, jika ada kematian yang disebabkan oleh sesuatu perkhidmatan air, maka orang yang bertanggungjawab dan disabitkan kesalahan, akan dikenakan hukuman mati. Oleh itu kepada pengguna kenalah berhati2 setiap kali membeli air darpada mesin ini dan sekiranya mendapati ada individu yang beroperasi secara haram maka segeralah membuat aduan sebelum ianya berlarutan.
tahniah dan terima kasih kpd saudara tanpa nama kerana membaca dan mengongsikan maklumat tambahan mengenai isu ini. moga maklumat ini menambahkan pengetahuan kita ttg isu ini.
mengapa kita perlu mempertikaikan perkara yang mendatangkan kebaikan kepa kita semua........air yang dijual tersebut telah pun ditapis dengan sebaik2nya....
jika kita lihat keadaan air yang dibekalkan oleh jab air sabah bagi daerah pitas.....amatlah menyedihkan keadaannya.....jika kita paksa rakyat pitas membeli penapis air sendiri.....amatlah mahal harganya.
bersyukurlah dengan usaha pemilik mesin yang sudi menyimpan mesinnya untuk kegunaan orang ramai, walaupun untung yang mereka perolehi amat sedikit bagi setiap liter berbanding minuman botol yang kita beli dikedai...walaupun mempunyai proses yang sama...
kita hanya perlu pastikan mesin berkenaan sentiasa diselengara selali. perhatikanlah selalu jadual penyelenggeraan mesin berkenaan....ini kerana setiap mesin tersebut wajib meletakkan jadual penyelengeraannya.....
wasalam....
tq kpd saudara tanpa nama 16:26. Saya hanya berkongsi maklumat isu ini dari segi perundangan tidak mempertikai org yg sedang run bisnes ini dan pengguna sedia ada.sbg pengguna kita ada hak tahu hal2 perundangan dan akhirnya kita sendiri yg membuat keputusan.
dari saudara tanpa nama 16:26
jika hendak dilihat dari segi perundangan...air yang di keluarkan adalah dari jabatan air sendiri, sudah semestinya jab air memiliki lesen mengeluarkan air. manakala pihak syarikat hanya membekalkan tapisan air berkenaan.jadi, isu berkenaan syarikat tersebut yang tidak memiliki lesen mengeluarkan air adalah tidak berasas sama sekali. ini kerana syarikat berkenaan membeli air tersebut dari paip jabatan air dan bukannya mengeluarkan air tersebut. mereka hanya menapis air dari paip air yang dikeluarkan oleh jabatan air
saudara 16:26..pendapat anda bernas dan logik. pd masa yg sama maklumat NCCC dan AIPA juga tidak dapat dinafikan...
Tak salah kalau setakat mahu memastikan samada air itu selamat digunakan ataupun tidak.
Catat Ulasan