Pengikut

11 Disember 2009

Kisah Benar di Gaya Street


Orang ramai yang berjalan-jalan/berurusan di Gaya Street tengahari tadi dikejutkan dengan gelagat seorang lelaki yang berkelakuan pelik. Kisah benar ini turut saya saksikan dan sempat rakam. Lelaki ini mencelupkan mukanya ke dalam kolam bulatan di laluan Gaya Street. Apabila keluar dari dalam air, dia menengadah ke langit sambil teriak dan mengangkat tangan. Lelaki misteri ini melakukannya sebanyak tiga kali. "Pertunjukannya" ini mengakibatkan kesesakan sebentar di kawasan tersebut kerana orang ramai memperlahankan kenderaan mereka untuk tidak mahu ketinggalan menyaksikan pertunjukan percuma dan jarang-jarang kelihatan ini. Lelaki ini berbadan agak sasa dan di lengan kanannya terdapat lilitan hitam serta berkaki ayam. Selepas melakukannya tiga kali, dia beredar dari kawasan tersebut. Apakah dia gila?
P/S : Mungkinkah lelaki ini mahu melengkapkan ilmu hitamnya? Hehehe

Tiada ulasan: