Pengikut

04 Disember 2009

KENAIKAN YANG MEMBEBANKAN

Lama tak update blog ini. Rasanya sepanjang bulan Disember ini, walaupun "cuti", nampaknya jauh lebih sibuk berbanding hari persekolahan kerana bagai tuntutan komitmen. Sedikit masa terluang sementara giliran "menjaga" sekolah, saya berkongsi perasaan di kalangan para peniaga di kawasan tamu Pekan Pitas yang terkejut dengan kadar sewa baru yang dikenakan oleh pihak MDKM/P yang dianggap sangat "luar biasa". Sewajarnya kenaikan adalah lumrah dalam segala hal tetapi dalam konteks ini, kalau kenaikan mencecah 400% dan 1100% itu sudah di luar kebiasaan. Umum mengetahui bahawa prestasi jualan di kebanyakan premis tamu bukanlah memberangsangkan. Kawasan tersebut "agak lengang" sepanjang hari kecuali pada waktu tamu. Oleh itu, sebagai salah seorang pemilik premis perniagaan di kawasan itu dan sebagai Timbalan pengerusi Persatuan Peniaga Tamu, eloklah MDKM/P memikirkan satu kadar yang lebih munasabah. Paling menghairankan, persatuan tidak pernah dibawa berunding sedangkan persatuan ini diakui secara rasmi. Akta Kerajaan Tempatan 1976 jelas menggariskan peranan sebuah kerajaan tempatan. Mengakui akan peranan itu, diakui keperluan kadar sewa tetapi harus diingat bahawa para peniaga adalah klien dan penyumbang. Justeru pendekatan "win-win situation" adalah terbaik. Semoga Kementerian Kerajaan Tempatan dan YB ADUN N.3 Pitas akan mengambil perhatian tentang itu ini dengan serius. Isu ini boleh mengundang pelbagai persepsi yang tidak sihat. Posisi saya buat masa ini masih di pihak "mahu mencari penyelasaian" yang adil untuk semua. Rakyat Didahulukan !

P/S : Artikel yang hampir sama saya paparkan juga di PitasDaily.Net sesuai dengan status saya sebagai rakan penulis dalam web tersebut.

Tiada ulasan: