Pengikut

19 Disember 2009

SATU TUBUH SATU KRISTUS

18 Disember 2009, seperti yang diwarwarkan, berlangsung Sambutan Krismas Gabungan Gereja-gereja Pitas dan seterusnya pelancaran rasmi Majlis Gereja-Gereja Pitas. Buat pertama kali, sejarah baru dicipta di daerah Pitas apabila penganjuran Krismas yang melibatkan kerjasama rasmi berlangsung yang turut dihadiri oleh jemaat sekitar 270 orang. Antara acara dalam sambutan Krismas ini ialah nyanyian lagu-lagu Krismas, kotbah, persembahan lakonan, boneka, koir dan kemuncaknya ialah Candle Light.
Turut memeriahkan sambutan ialah persembahan undangan khas iaitu Mr.Andrew Peninting, selaku pensyarah muzik di UMS yang juga seorang komposer muzik dan penerbit album rohani yang tidak asing lagi di Sabah. Beliau mempersembahkan tiupan saksofon, mengalunkan lagu-lagu Krismas yang membawa hati jemaat kepada penghayatan Krismas.
Kehadiran Rev.Jerry Dusing selaku Presiden Majlis Gereja-Gereja Sabah sebagai tetamu dan melancarkan Majlis gereja-gereja Pitas membawa impak dan semangat baru kepada gereja-gereja di Pitas. Dalam ucapannya beliau menekankan bahawa kesatuan merupakan nadi kepada kekuatan gereja dan inilah yang membolehkan gereja dipercayai dan berpengaruh di dalam masyarakat. Selepas lafaz pelancaran beliau menyerah surat penerimaan dari SCC.
Akhirnya, selaku pengerusi Majlis Gereja-Gereja Pitas sesi 2009-2011, tanggungjawab yang berat ini pastinya menjadi mudah dengan kerjasama semua gereja. Setakat ini gereja PCS, SIB, Anglikan dan GBPCS memperlihatkan kerjasama dan kesatuan yang utuh. Sesungguhnya secara realiti penduduk Kristian daerah Pitas berada dalam komposisi 60-65% namun kekuatan dan pengaruh ini seperti tidak dirasai kerana ketiadaan semangat kesatuan. Semoga peristiwa bersejarah ini yang mengusulkan tema SATU TUBUH SATU KRISMAS membawa paradigma baru terhadap pelayanan dan pertumbuhan gereja di Pitas.

Tiada ulasan: