Program Krismas PCS P
ekan tahun ini berbeza sedikit dengan pengisian tahun lalu. Program kali ini kami mulakan dengan Sambutan Krismas gabungan gereja di Dewan Serbaguna dengan sambutan yang memberangsangkan. Selepas itu pada 21-23 Disember, trademark Krismas iaitu kuaya kami laksanakan secara zon. Bagi saya ada 2 hal yang menarik iaitu buat pertama kali kami dapat mengunjungi keluarga En.Ng Loi Thau (yg lebih dikenali sbg En.Dusun). Beliau memberikan sambutan hangat bahkan memberikan derma khas. Kedua, penutupan kuaya di rumah saya amat bermakna kerana saya turut menjemput beberapa keluarga bukan Kristian khususnya En.Masumboh selaku pengerusi Bahai di Tambilidon..Ini sangat mengujakan! sesuatu yang bermakna telah dimulakan.
Buat pertama kali juga persekutuan wanita dapat menganjurkan krismas dan kami gabungkan sekali dengan acara sukaneka dan kanak-kanak di dewan. Sangat menarik dan jemaat memperlihatkan komitmen dan kesatuan. Pada malam 24hb, saya berkesempatan melayani jemaat Kg.Masin Kanibongan. Gereja mereka masih baru tetapi agak kecil.Puji Tuhan,rupanya gerejSejak 3 tahun lalu, kami melaksanakan program lawatan ke wad-wad hospital untuk menyanyikan lagu-lagu Krismas dan menyampaikan buah tangan kepada pesakit yang tidak sempat merayakan Krismas kerana sedang dirawat di hospital. Program ini pada tahun ini bertambah meriah kerana beberapa gereja telah bergabung. Lawatan ini membolehkan para pesakit mendapat penghiburan dan pengharapan sempena Krismas. Akhirnya, pada malam 25hb adalah sambutan Krismas bersama keluarga tercinta. Selepas kami makan malam bersama, kami menyanyikan beberapa lagu Krismas kemudian berdoa bersama. Selepas itu barulah pemberian hadiah. Saat yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak saya tetapi sebelum saya memberikan hadiah kepada mereka, saya mengajukan soalan "Kenapakah kita menyambut Krismas?"...syukurlah mereka faham bahawa Krismas disambut kerana Kristus.
Seperti yg saya katakan, menceritakan tentang Krismas tidak cukup dengan pena.Walaupun agak penat tetapi semua ini bukan sekadar rutin tetapi sebagai cara menyatakan syukur dan terima kasih terhadap Kristus yang sanggup datang dan mengabdikan diri terhadap dunia ini. Tanpa Kristus, Krismas tidak wujud. Lebih dari itu, tanpa Kristus..dunia dan hidup saya tidak ada bermakna. Sukar saya membayangkan bagaimanakah bentuk pengharapan, penghiburan dan kekekalan yang dunia impikan tanpa Kristus. Sebab itulah Krismas adalah sukacita yang besar dalam diri saya bahkan dunia ini.
P/S : mohon maaf tidak banyak gambar yang dapat dipaparkan disini kerana masalah line.