Pengikut

05 Oktober 2009

DALAM PERHATIAN !!!

Lama tidak update blog ni. Mr.Sintiki tak puas hati klu tak update. Mohon maaf..disamping kesibukan, sejak akhir-akhir ini banyak perkembangan di Pitas yang menarik untuk disoroti. Saya sedang memberi perhatian untuk beberapa hal dan mohon pengunjung blog ini memberikan maklumat dan pandangan tambahan untuk setiap isu yang saya kemukakan ini.
1. Projek Agropolitan untuk pembasmian kemiskinan di Pitas yang dikenali sebagai Semenanjung Bengkoka yang bermula di Kanibongan. Realiti sekarang majoriti penduduk yang terlibat merasakan diri mereka ditipu kerana mereka dalam risiko kehilangan tanah/hak pemilikan ke atas tanah tersebut. Apa pun semua ini saya hanya mendapat maklumat lisan dan sejauhmana kebenarannya perlu dibuktikan. Ada sesiapa, khususnya penduduk yang terlibat tampil memberikan bukti rasmi?
2. Dengar2 wujud skim penempatan mangsa banjir di kawasan Kg Mandamai Bai/Tukar/Tuju Daya yang meliputi ribuan ekar dengan pewujudan sebuah kampung baru yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti rumah sedia ada sebanyak 300 unit. Betulkah skim ini wujud? sejauhmana penduduk tempatan yang mendapat manfaat? Siapakah yang terlibat? Kewarganegaraan tulen ka? Tolong beri maklumat
3. Pitas bertuah mempunyai banyak sungai khususnya Sungai Bengkoka. Malangnya kebanyakan sungai sudah kering. Penduduk Pitas terdedah dengan risiko bekalan air dalam masa terdekat. Kita perlu gerakan bersepadu Selamatkan Sungai Pitas dengan kerjasama NGO sedia ada. Bukan sahaja kerana bekalan air malah masih ramai yang bergantung kepada sungai sbg pengangkutan. Habitat air tawar juga semakin pupus. Kita perlu Sistem Tagal untuk pengekalan habitat. Pembalakan.....
4. Sekarang ni syarikat konsesi jalan raya sedang sibuk korek dan tampal jalan raya. Yang hairannya, kawasan yang sudah bertahun rosak tidak dibaiki. Takpa ni hal biasa kerana mungkin tiada peruntukan. Tapi yang sangat PELIK tapi BENAR ialah kawasan yang masih bagus, macam sengaja dikorek dan ditampal. Hairan..hairan. Syarikat Korek Tampal Sdn. Bhd.
5. Saya sudah menyiapkan surat rasmi saya kepada DO. Saya menghubungi PA DO untuk jumpa petang Selasa. Saya akan siarkan isi surat saya selepas saya kemukakan kepada DO. Suara dari rakyat Marhaen..orang biasa dari bukit menyatakan isi hati.

Banyak hal yang perlu kita buka mata, telinga dan hati untuk Pitas. Kita tidak ada kuasa tetapi kita kembalikan kepada mereka yang berkuasa untuk membetulkan yg sepatutnya. Kalau yang berkuasa tidak mahu bertindak ?? ?

2 ulasan:

Unknown berkata...

Salam sejahtera Cikgu,
Ini ada beberapa maklumat daripada saya yang berbentuk peribadi tapi ianya berkait rapat dengan Projek yang dikatakan.Sebab saya sendiri berasal dari salah satu kampung yang cikgu sebutkan,iaitu kg Tukar.
Maklumat yang inigin saya berikan adalah bukan untuk membuktikan bagaimana penduduk kampung kehilangan hak ke atas pemilikan tanah,sebab saya sendiri kurang tahu maklumat berkenaan Projek ini,melainkan berkenaan latar belakang kami sebagai penduduk di sini.
1. Kebanyakan bentuk pemilikan tanah tidak ada dokumen sah(Geran Tanah).Tanah ini dimiliki secara warisan daripada nenek moyang.
2.Hampir 90% tidak mempunyai pendidikan.
3.Walaupun kebanyakan tiada pendidikan,tapi ada yang terlalu pintar dan boleh dikatakan tamak,nak kaya cepat.Dari golongan inilah yang banyak terlibat dengan aktiviti penjualan tanah seluruh kawasaan kg Mandamai Bai,Kg Tukar,dan Tuju Daya.Saya bukan nak kutuk mereka, tapi kerana mereka inilah tanah-tanah penduduk dirampas.Orang luar yang masuk sedia maklum kaya dan boleh dapatkan permit tanah dengan cepat.Kalau bicara mahkamahpun mereka menang sebab ada Permit dan berpeguam.Mereka(penjual tanah) tidak berfikir panjang kesan kepada generasi baru penduduk sendiri.
4.Kaitanya dengan Projek ini ialah,Pelaksana yang dilantik kerajaan( LIGS) adalah penama atas permohonan tanah yang dijual mereka.Ada juga kompeni yang tertipu oleh mereka ini(penjual,denagan menjual permohonan tanah (LA),sedangakan kompeni ini sebenarnya tak boleh memajukan tanah melainkan LIGS.
saya pun heran,sebab semua ini memerlukan peguam dan perkara atau risiko yang sebenar tidak berbangkit pada masa urusan jual beli.Sekarang ini dengar-dengar ada kompeni yang terpaksa"Gulung Tikar"bukan sebab bangkrup tapi arahan kerajaan sebab tanah tersebut sepatutnya dimajukan oleh LIGS untuk rakyat.
Itulah sebabnya Kerajaan masuk dan memajukan kawasaan ini.
PERKARA INI REALITI CUMA TIADA BUKTI KUKUH,RASANYA CIKGU PUN TAHU SERBA SEDIKIT PERKARA INI.

Tanpa Nama berkata...

cantiklah entry kau kali ni cikgu...saya memang terpesona...

pitas dalam era pemajuan sejak beberapa tahun ini...dalam pemajuan itu beribu projek pembangunan dalam perancangan... betul kata cikgu, kalau kita tidak buka mata, telinga dan hati kita rasanya membazir saja duit kerajaan untuk projek2 ini kerana dalam hal ini ramai pihak akan cuba mengambil kesempatan, kepentingan untuk keuntungan diri sendiri...

secara amnya, saya merujuk pada projek jalan2raya kita .. ramai ka yang tahu apa bezanya jalanraya persekutuan dengan jalanraya Plus di semenanjung dan sabah ni?

jalan raya persekutuan kita ni kalau di sini teruk sangat, baru 2..3 bulan siap lubang sini sana..tampal lagi, lubang lagi...begitu la malarnya..

dalam fikiran cetek ku, bagus kali jalanraya ni diswastakan baru tahan sebab kalau swasta dia bikin baik2 sbb mau save untuk maintainance...kalau yg dibuat oleh kontraktor2 tempatan ni, nangis kau tengok...

bisnes2 juga tapi kebajikan sejagat kena jaga bah..