Pengikut

28 September 2009

PITAS SUDAH MAJU : Huhuhu....

Beberapa hari selepas saya poskan isu kemiskinan di Pitas, DO Pitas mengeluarkan kenyataan rasmi yang disiarkan di media perdana bahawa PITAS telah keluar dari belenggu kemiskinan. Seorang rakan blogger dari Pinapak meminta saya mengulas kenyataan DO ini (dan ramai lagi peminat blog ini yang minta ulasan) Saya akan mengulas isu ini sedikit masa lagi sementara penjenguk blog ini meneliti kenyataan DO ini. Malahan kemungkinan besar saya hanya akan mengulas isu ini setelah saya bersemuka dengan DO itu sendiri. Pada saat kita menghargai usaha kerajaan membasmi kemiskinan, ada lagi aspek sisipan yang perlu diperhalusi berdasarkan konsep kemiskinan horizontal. Saya akan mengulas.......

Pitas Keluar Dari Belenggu Kemiskinan Melalui Projek Agropolitan

PITAS, 21 Sept (Bernama) -- Pitas, yang dua tahun lepas dikategorikan sebagai daerah termiskin di Sabah dan kedua termiskin di Malaysia, kini mengorak langkah untuk keluar daripada belenggu itu melalui projek Agropolitan yang dimulakan tahun ini. Pegawai daerah Pitas Sapdin Ibrahim berkata, projek agropolitan itu melibatkan penanaman getah secara berkelompok seluas 10,000 hektar di Semenanjung Bengkoka, dekat sini.

"Kalau dulu bantuan hanya untuk penanaman getah, di mana setiap peserta diberikan hingga 10 ekar (empat hektar) tanah untuk diusahakan, di bawah projek Agropolitan mereka masing-masing diberikan seunit rumah," katanya kepada Bernama, di sini.Sapdin berkata untuk tahun ini saja, kerajaan memperuntukkan RM72 juta untuk pembinaan infrastruktur seperti rumah, jalan raya, bekalan elektrik dan air di bawah projek ini, manakala peruntukan tahun depan adalah RM48 juta.

Selain itu, 20 kampung di pesisir pantai dijadikan pusat akuakultur untuk ternakan gamat dan ikan yang diusahakan 260 peserta."Kalau dua tahun lalu Pitas merupakan daerah termiskin di Sabah, kini ia di tempat ketiga selepas Nabawan dan Kota Belud, jadi kita memang nampak peningkatan," katanya.Beliau berkata ketika ini terdapat 1,491 Ketua Isi Rumah Masyarakat Termiskin (KIRMT) di daerah ini, dan jumlah itu menurun berbanding 2,381 KIRMT dua tahun lepas.

Pitas yang terletak kira-kira tiga jam perjalanan darat dari Kota Kinabalu, mempunyai 194 kampung dengan jumlah penduduk kira-kira 40,000 orang yang terdiri daripada masyarakat kaum Sungai, Rungus, Bajau dan Suluk, yang kebanyakannya merupakan petani dan nelayan.Bagi sektor pelancongan pula, selain meningkatkan tempat penginapan seperti rumah rehat dan chalet di daerah itu, projek inapan desa juga diusahakan di tujuh kampung."Kami juga telah menubuhkan Koperasi Pelancongan daerah Pitas untuk tujuan menyelaras aktiviti-aktiviti ini," kata Sapdin.

6 ulasan:

pinapak berkata...

Tahniah tuan kerana tidak sembarang mengulas..ini adalah etika blogger yg jarang2 saya jumpa masa kini. kebanyakan mereka main sembarang saja mengulas tanpa tahu asal usul cerita sebenar. 1 perkara tuan, mana tau terjumpa sama itu DO, tanya ka kalau-kalau beliau masukan Dusun sebagai antara kaum utama di Pitas,sebab ramai ba kita di sini ni tuan..macam nda sadap rasa pula kalau tiada tesebut tu nama padahal kita antara yang paling ramai di sini.

Keep up the good job!

Tanpa Nama berkata...

dengar2... penduduk kampung yg terlibat tidak mendapat manfaat dari projek agropolitan... mcm org luar yg dikatakan rakyat termiskin akan di bawa masuk ke kawasan projek itu.... mcmana dngan penduduk kawasan itu yg tidak dikategorikan sebagai rakyat termiskin.....

Unknown berkata...

Salam sejahtera cikgu.Berdasarkan pendapat kedua(Anonymous),saya sendiri juga menjadi risau berkenaan Orang luar yang berkemungkinan di bawa masuk ke kawasaan Pertanian Agropolitan yang telah dirancang dan akan dilaksanakan tidak lama lagi.Ini kerana masa sekarang dah ramai orang luar yang menetap di Daerah Pitas,Akibat Penjualan Tanah oleh penduduk Daerah kita sendiri.Perkara
ini saya cadangkan supaya Turut diberi PERHATIAN dan dianggap sebagai masalah/halangan kecil dalam perlaksanaan Projek ini.

Ronald mohoni berkata...

salam sejahtera cikgu,
ada beberapa perkara yang ingin saya sentuh.

1) Saya sebenarnya bersetuju dengan projek agropolitan ini bagi membasmi kemiskinan. Pemberian seunit rumah dan 10 ekar tanah, mampu membasmi kemiskinan, 10 ekar mampu menghasilkan pendapatan lebih dari rm1000 sebulan. namun, setahu saya pemilikan ini bukan sepenuhnya. maksudnya, tanah ini tetap milik kerajaan dan LIGS. ini bagi mengelakkan tanah tersebut dijual atau di alibabakan. Jika peserta tidak mahu mengusahkannya, maka peserta itu akan diganti dgn peserta lain.

2) Masalah tanah adalah masalah yang utama di sabah. di sugut sendiri penjualan tanah berleluasa, adakah salah pemimpin, saya rasa tidak, kerana yang menjual tanah adalah orang kampung sendiri, bukan pemimpin.

Tanpa Nama berkata...

mungkin encik Ronald lebih tau pasal projek tu.. apa yg saya tau orang kg yg terlibat dlm projek tu tak setuju... ketua kg yg tandatangan surat persetujuan utk memasukkan kg mereka dlm projek tu. getah yg d tanam blum mula ditoreh. rumah? seunit pun blum dibina. sejak jalan raya di kawasan tu dibaiki taraf hidup penduduk di situ dah bertambah baik.... sekarang penduduk kg dah buat bantahan.... lg pun pegawai yg urus pengambilalihan tanah kg tu tak terangkan dngan jelas kesan daripada projek terutama dlm hal pemilikan tanah... pegawai kerajaan dr kawasan itu yg menyertai projek tu takan dpt balik tanah mereka malahan getah yg dtanam di tanah mereka akan ditoreh oleh org lain.... kerana pegawai itu TIDAK MISKIN. anak2 mereka??? sapa yang tau....

ONDONG berkata...

Projek Agropolitan seperti yang diuar-uarkan oleh pegawai daerah pitas ini semacam menunjukkan nada gembira kepada masyarakat pitas kelak. Jika dilihat daripada angka yang diperuntukkan untuk pembangunan pada tahun ini dan tahun depan, ia bukanlah satu jumlah yang kecil sekalipun peruntukan tersebut adalah untuk peruntukkan pelbagai tujuan. Harap tidak ada yang mengaut keuntungan sendiri melalui peruntukkan tersebut kelak. Sebagai anggota masyarakat pitas, saya bukan sahaja berharap dengan adanya usaha pihak kerajaan/D.O Pitas itu dapat mengurangkan beban rakyat melalui pelbagai bantuan tetapi juga berupaya mewujudkan peluang pekerjaan yang luas dan terbuka KHUSUS untuk penduduk warga pitas dari pelbagai lapisan masyarakat