Pengikut

21 September 2009

PITASDAILY.NET BAKAL MENGGEGAR



Setelah melewati beberapa siri perbincangan, akhirny Portal Bersekutu yang PERTAMA di PITAS muncul iaitu http://pitasdaily.net/ Wadah berita secara online dan kemaskini bakal memaparkan pelbagai berita dan mengupas pelbagai isu yang berfokus Pitas. Dengan perhidmatan internet jalur lebar yang semakin meluas di Pitas, PitasDaily ini pasti menjanjikan liputan berita dan kupasan isu yang telus dan benar. Di peringkat awal ini beberapa keperluan ialah wartawan setempat dan penulis bersekutu yang diakui kebolehan profesionalismenya serta berpaksi kepada ketelusan.
Melihat kepada perkembangan ini, sekali lagi menampakkan bahawa Pitas tidak kekurangan kepakaran dalam bidang IT dari kalangan anak tempatan. Justeru sekalung tahniah wajar diberikan kepada admin & co portal ini. GerbangPitas juga mengucapkan terima kasih kerana dipelawa menjadi penulis bersekutu portal ini dan akan berusaha memajukan portal ini. Kepada semua penduduk Pitas, marilah kita sokong portal ini melalui pelbagai cara dan panduan :
1. Menyalurkan berita dan aduan kepada pihak pentadbir dan penulis bersekutu portal ini. Berita dan aduan mestilah mempunyai bukti sahih dan tidak ada unsur prejudis kepada mana-mana kumpulan atau individu.
2. Kepada yang berkemampuan, menjadi wartawan setempat dengan mengambil gambar, menulis berita untuk sebarang peristiwa di tempat anda.
3. Menjadi penulis bersekutu untuk pelbagai isu seperti yang dipaparkan dalam portal ini.
4. Setia melayari dan mempromosikan portal ini kepada semua lapisan masyarakat Pitas.
Kepada PitasDaily.Net, gerbangpitas mengucapkan selamat datang ke persada dunia IT Pitas. Datanglah dan "bekerja"lah dengan niat yang murni dan semangat yang kental demi kemajuan dan kebanggaan masyarakat Pitas. Pastilah kewujudan ini tidak akan sunyi dari cemuhan, persepsi negatif dan kritikan. Pada masa yang sama apabila suatu masa kelak portal ini telah mempunyai "nilai yang tinggi", maka teruslah berdiri di atas prinsip kebenaran tanpa dikuasai oleh sesiapapun. Kejayaan pasti mengiringi kejujuran. Tahniah

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

oyu..terima kasih tu sinumombol id blog ku..ponantaman ku ong aso tulun kosambat dit sulap ku diri.. aso tujuan ku yoku dot pokoilo sid tulun suwai pasal dat blog ku,kecuali it tongo tulun mantad sori kondiri.

Walauapapun terima kasih k. makaa diti,pasal perkembangan IT sitid pitas,pendirian ku masi po kumondiri, tau no sompori..tapi sya selalu uptodate pasal perkembangan sihat ini. buat masa diti, hasil karaja ku selain daripada it orarat blog diri, www.smkpp.com ot walon ku. koniko pasal nunu la..pasal dot smk pinggan-pinggan, pukarajaan ku makaa..

ong waro kosempatan sumbol no k.

pasal ti blog no, congratulations! for the good job. never ever give up..our people is our responsibility..kita sama2 dr bukit,saya faham apa yg cuba anda perjuangkan..

TQ

poruman berkata...

wah cikgu bestnya ada website itu...huhuhu..inda sbr sy mau membaca o..

poruman berkata...

cikgu buli bagi maklumat dlm blog ini ttg perkembangan ribut yg melanda dandun? risau pulak dan teringin mau tau o..