Pengikut

18 September 2009

OUTING DI KAPAL DOULOS



Sehari selepas membawa sekumpulan pelajar melawat kapal Doulos, keesokannya saya membawa keluarga saya mengunjungi sekali lagi kapal tersebut. Disamping mengambil peluang membeli buku-buku yang berkualiti dan lebih murah, juga hendak mendedahkan anak-anak saya dengan budaya membaca di peringkat awal lagi. Dengan berkat wang dari Tuhan pada bulan ini maka kami dapat berbelanja lebih sedikit dan saya memberi autonomi kepada anak dan isteri memilih buku yang digemari.
Buku-buku yang dijual di Doulos memang sukar diperolehi di Sabah dan meliputi semua bidang ilmu. Saya membandingkan dengan harga di beberapa kedai buku di Kota Kinabalu seperti Salvation, Eatons dan Popular, harga di kapal jauh lebih murah. Malahan saya terkejut kerana sebuah buku yang bertajuk World Atlas & Encyclopedia hanya berharga RM40 sedangkan di pasaran Sabah sekitar RM150. Satu lagi buku bertajuk First Step In Faith (ada CD) berharga RM25 dan saya ingat di kedai Salvation berharga RM40. Kami sekeluarga sangat enjoy dan tanpa sedar kami sudah berada di atas kapal selama hampir 2 jam. Setiba di kaunter, saya tidak terkejut dengan jumlah belian..hampir mencecah 1 ribu.
Membeli buku merupakan satu pelaburan yang tidak akan rugi. Nilai ilmu akan diwarisi turun temurun. Dengan faktor inflasi dan sebagainya, pastilah harga buku semakin mahal. Di samping itu, saya sedar bahawa budaya membaca adalah satu proses pembelajaran yang paling berharga dan saya harus memberikan teladan kepada anak-anak.
Ketika menunggu harga buku dikira, saya terkejut anak kedua saya hilang dari pandangan. Saya bergegas mencarinya...jantung saya berdegup....Mujur saya dapati dia sedang terpegun melihat beberapa krew kapal yang bekerja keras mencuci lantai kapal. Saya mendekatinya dan bertanya, adakah dia berminat dengan kerja-kerja kapal. Dia menjawab "ya". Adakah jawabannya serius atau hanya emosi kanak-kanak? Kalau itu memang panggilan Tuhan dalam hidupnya..saya pasrah. Terima kasih Tuhan dengan berkatMu dan terima kasih Doulos. Kami menantikan ketibaanmu ke Sabah sekali lagi.

Tiada ulasan: