Pengikut

10 Oktober 2009

WAJAH BARU YG MENGHAIRANKAN


Nampaknya pentas tamu di pekan Pitas telah berwajah baru. Pentas lama telah dirobohkan dan diganti dengan pentas baru yang diperbuat daripada konkrit. Kini lebih kukuh, cantik dan mantep..Terima kasih Malaysia. Namun tinjauan rambang mendapati pentas ini mengundang pelbagai persoalan, iaitu :
1. Lebih rendah (bahkan sangat rendah), hanya sekitar 2 kaki. Ramai yang berpendapat bahawa ketinggian pentas baru ini kurang menepati standard ketinggian pentas. Kesan ialah, VIP dan sesiapa juga yang sedang berucap atau menyampaikan sebarang persembahan terdedah dengan risiko diceroboh. Kedua, sekiranya semua penonoton berdiri maka skop penglihatan mengecil. Apatah lagi mereka yang rendah.
2. Bilik persiapan di bahagian belakang juga lebih kecil dan ini pasti menimbulkan kesesakan. Pengalaman saya terlibat dalam penganjuran yang menggunakan pentas lama, walaupun bilik belakang agak besar, masih juga sesak dan sangat panas.
Apa pun semua ini hanyalah pandangan. Apakan daya,saya difahamkan isu ini sudah ditimbulkan semasa mesyuarat majlis tindakan daerah tetapi tidak diberi perhatian. Apakah inilah design baru pentas moden? Kurang peruntukan? kesilapan teknikal? kontraktor berjimat cermat? Selamat menikmati pentas baru.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya pun turut terkesan dengan pentas baru itu dan saya hanya menggelengkan kepala kenapa pentas baru itu terlalu buruk rupanya....tidak gah langsung dalam pandangan saya...

bercakap pasal kontraktor kita bis a geleng kepala dengan hasil kerja mereka kebelakangan ini...kalau dilihat sebuah dewan di kg. salimpodon kalau tidak silap yang runtuh itu mgkn dlm pandangan mata kasar dewan runtuh pasal angin kencang tapi lihatlah bahan bina nya..alahai...nda tau menepati skop kerja ka tidak..mungkin perlu siasat untuk keterangan yang tepat..bukan semata2 dari info tidak rasmi saya ini...