Pengikut

03 September 2009

KAWASAN HULU PITAS



Salam merdeka untuk semua...banyak blog mengupas Hari Merdeka namun secara jujur saya agak berat menerima tarikh 31 Ogos atas faktor realiti sejarah. Ekoran respon ingin tahu terhadap gambar header blog ini, saya terpanggil berkongsi sedikit tentang kampung tersebut. Kampung tersebut ialah Kampung Maliau Layung, salah satu kampung yang terletak di hulu sungai bengkoka dalam daerah Pitas. Boleh dikatakan penduduk di kg tersebut 100% dari etnik Sonsogon. Selain kampung ini, etnik Sonsogon juga menetap di Kg.Maliau Pusat, Bambangan, Paka Gaya. Saya anggarkan etnik Sonsogon di Pitas mencecah sekitar 1000 ribu orang.
Selain kampung2 ini, beberapa kampung yang terletak dalam kawasan hulu Pitas ialah Kg Pinapak, Mandurian, Pampang Minalad, Nibang, Perupuk dan Dowokon. Keseluruhan penduduk di kawasan hulu Pitas dianggarkan sekitar 3000 ribu orang yang terdiri daripada etnik Sonsogon, Kimaragang dan Sandayo. Kawasan hulu Pitas majoriti adalah petani dan antara pengeluar Pisang, Kacang Tanah, Kelapa dan buah-buahan di Pitas bahkan pasaran sampai ke Kudat.
Salam merdeka 1MALAYASIA (kabo dialo..)...Pada masa kita berbangga dengan kemajuan pembangunan Malaysia dan wang berbilion mencurah dari pusat ke Sabah (kabo dialo..), ternyata kawasan hulu Pitas masih jauh panggang dari api. Sungai masih menjadi perhubungan utama. Hanya sedikit yang menikmati kemudahan jalan raya. Bekalan elektrik dan air dirawat..INDA PAYAH SAKAP lah. Tapi selalu juga pemimpin handalan melawat kawasan ini. Menjual air liur dan membeli air liur.....Yang jelas sehingga HARI INI...janji tinggal janji. Projek jalan raya di kawasan ini telah diluluskan semasa RMK ke-7 lagi tetapi terbengkalai dan saya telah berjuang dan membelanjakan banyak wang untuk menggerakkan jawatankuasa bertindak bagi merayu kerajaan meneruskan projek jalan raya tapi..tapi...dan tapi. Usaha saya dari peringkat daerah, negeri bahkan Jabatan Perdana Menteri (Semasa Tun Abdulla) namun sehingga hari ini..hanya surat jawaban ja yang menimbun..pelaksanaan zero.
Saya masih menyimpan keratan akhbar janji dan tekad PM bahawa pada tahun 2010, kemiskinan tegar bakal menjadi sifar di seluruh Malaysia. Waw...saya dapat membayangkan kampung2 yg sebut ini bakal bermandi cahaya elektrik, kereta meluncur dan senyuman di setiap penduduk. Apakah ini menjadi realiti pada tahun 2010?

Salam Merdeka..1Malaysia..ingat 1Malaysia adalah JANJI !!!!!

2 ulasan:

David Meja berkata...

Teruskan perjuangan...Ke arah 1M'sia yang telus..

Ronald mohoni berkata...

hello cikgu. Perkara ini terjadi mungkin kerana sikap pemimpin yang tidak tahu mengurus dengan cara yang betul. Tahun-tahun 90-an, kawasan yang paling miskin di sabah ialah sugut. jangan cakap air atau api. jalan raya pun tiada. kalau mahu turun bandar. naik kapal atau bot saja. kalau naik kapal satu hari baru sampai. kalau naik bot cepat sikit tapi mahal lah kos nya. Tapi pada abad 2000-an ini, Sugut pada saya cukup bagus sudah. Ada sudah jalan raya, sektor pertanian pun berkembang pesat. orang kampung saya sendiri, satu bulan boleh dapat rm 2000 hingga rm 8000 hasil jual kelapa sawit. Kalau getah, lebih rm 1000 juga sebulan. bermakna, ianya sudah keluar daripada paras kemiskinan.
Ini bermakna sekarang nih, pitas lebih miskin dari sugut. Kemajuan kampung saya sendiri disebabkan oleh masyarakat yang bersatu padu. serta pemimpin yang benar-benar sejati.