Dua tulisan saya sebelum ini iaitu tentang masalah bekalan ikan di pekan Pitas dan pembangunan di kawasan hulu mengundang pelbagai respon sama ada respon melalui blog ini, sms mahupun bersemuka. Kebanyakan positif tetapi tidak kurang juga yang negatif malah sangat emosi dan berbaur ugutan.
Isu pertama tentang kekurangan (baca..ketiadaan) bekalan ikan di pasar ikan pekan Pitas. Umum mengakui bahawa masalah ini memang wujud. Anda boleh melawat pasar ikan itu dan kebanyakan masa adalah lengang dan kosong. Tidak ada ikan. Bahkan lebih lucu apabila melihat penjual ikan 'regular' di pasar tersebut turut membeli ikan dari penjual luar semasa tamu mingguan. Saya tidak nampak kenapa masalah seperti ini tidak boleh dipaparkan apatah lagi difahamkan bahawa jutaan wang telah disalurkan membiayai pelbagai projek perikanan di Pitas. Saya beranggapan hanya mereka yang mempunyai agenda sulit atau bimbang bahawa isu ini boleh membuka pekung, yang bimbang dan maraha apabila isu ini dibangkitkan.Nasihat saya kepada sesiapa sahaja yg "BERKENAAN"...anda laksanakanlah apa saja agenda sulit/peribadi anda tetapi jangan sampai menidakkan hak asasi manusia.
Isu kedua berkenaan pembangunan di kawasan hulu Pitas. Kalau kita manusia yang waras dan masih punya belas kasihan, pastinya hati anda akan tersentuh dengan kualiti hidup masyarakat di kawasan hulu yang majroitinya masih daif. Walau siapa pun mereka, mereka adalah penduduk asal dan merupakan pembayar cukai. Justeru mereka berhak menikmati arus pembangunan yang kita sering banggakan ini. Paling penting..mereka telah MENGUNDI dan terlibat menentukan pemimpin dan kerajaan. Oleh itu sesuai dengan janji politik, libatkanlah mereka dengan arus pembangunan. Bina dan perbaiki jalan raya, bekalan elektrik/air dan kesihatan juga mereka amat memerlukan. Kepada yang BERKENAAN...salahkah meminta kalau itu hak asasi kita?
Akhirnya..kepada yang BERKENAAN, buktikanlah bahawa anda memang pemimpin tulen dan berjiwa rakyat. Adalah amat menyedihkan kalau rakyat menolak PARTI bukan kerana kelemahan polisi PARTI tersebut tetapi kerana kebobrokan pemimpin PARTI tersebut.

2 ulasan:
tidak ubah seperti penyelewengan secara halus berlaku. Jangankan kawasan hulu Bengkoka yang memang daif dan ketinggalan dari arus pembangunan perdana di bawah konsep 1 Malaysia rakyat didahulukan prestasi diutamakan, malah kawasan pekan pitas sekali pun masih jauh ketinggalan jika dibandingkan 52 tahun negara merdeka. 1 Malaysia rakyat diketepikan prestasi turun tangga terakhir, janji nama dikenang sepanjang disebut-sebut. Ah! Slogan ini memang terpakai di kawasan-kawasan hulu bengkoka kan cikgu?. Rakyat masih tertindas dan dinafikan hak mereka secara tidak langsung. Satu cabaran saya kepada para pemimpin politik di peringkat atasan sampailah peringkat bawah. Turun padang dan lihat sendiri apa yang telah diberikan kepada masyarakat pedalaman di pitas. Jangan dengar cakap-cakap wakil politik wang yang hanya pandai bercakap lalu membuat kenyataan yang penuh bombastik. Kalau nak buat tinjauan, jangan naik helikopter atau ikut laluan mudah. Ikut laluan semulajadi. Kalau naik perahu, jangan guna enjin. Kalau naik kenderaan,jangan berhenti di hujung aspal sahaja. Di kawasan hulu bengkoka, ada banyak jalan yang perlu dinikmati bersama. hahahaha. Selamat mencuba.....jangan mempertikaikan isi hati rakyat kerana kebobrokan diri yang hanya mahu mengaut keuntungan dan komisen hasil titik peluh rakyat k....cayoh cikgu...teruskan perjuangan untuk pitas.
syabas! tuan. Paparan semacam inilah yang perlu terus diusahakan. Ketika membaca tulisan tuan dlm. blog, saya tidak nampak keperluan (bagi sesiapapun) untuk memberi reaksi negatif.
Masalah yang ditimbulkan adalah masalah rakyat, dan wajar ditimbulkan: menyatakan masalah, menerangkan asal-usul masalah, dan memberikan cadangan bagi penyelesaian masalah.
Jadi, kita bukan sekadar menyatakan masalah itu dan ini, tetapi memberikan cadangan penyelesaian. Bagi pemimpin yang ada keinginan membawa rakyat untuk maju, ini semua hendaklah dibaca, yang ada arus dicedok, dan lakukan tindakan sesuai dengan kuasa dan pengaruh yang ada. NAMUN, dari segi sains politik barangkali, lagi bagus kalau rakyat tidak maju-maju, tidak ada pengetahuan dan tidak ada upaya. sebab, selagi rakyat menghadapi 3 perkara ini, selagi itulah rakyat akan bersandar terus kepada pemimpin. dan, faedahnya: pemimpin akan terus jadi pemimpin. status sosialnya pun maintain terus. Barangkalilah. Jadi, kalau tidak setuju dengan saya, silakan tuan-tuan.
Catat Ulasan