Pengikut

07 September 2009

1MALAYSIA : Paparan Hujung Minggu

Sesekali hujung minggu sekiranya ada kesempatan saya biasa akan mengunjungi beberapa kampung sambil melawat kawan-kawan. Saya paparkan beberapa rumah yang sempat saya lalui sepanjang perjalanan. Tidak ketinggalan kualiti jalan raya. Setelah kita merdeka 52 tahun (46 tahun untuk Sabah & Sarawak), rupanya kedaifan dan kemiskinan tegar masih menyelubungi generasi demi generasi. Kawasan yang saya paparkan bukannya jauh di pedalaman Pitas. Hanya "di sebelah sahaja". Kalau yang dipinggir pekan sudah begini, pastilah kedaifan di kawasan pedalaman lebih teruk. Semoga pemimpin buka mata dan buktikan keihklasan perjuangan anda.

3 ulasan:

ONDONG berkata...

terpandangan akan suasana gambar yang dipaparkan dalam ruangan ini, tidak diragui lagi bahawa pitas semamangnya kaya dengan khazanah semulajadi yang mempunyai potensi besar untuk menyumbang ke arah peningkatan taraf hidup masyarakat persekitaran. Tapi sayang, potensi sedemikian hanya diekploitasi untuk manafat dan kepentingan peribadi dan keluarga tertentu sahaja. Saya memikirkan bahawa pitas menjadi sumber / pembekal dalam banyak perkara khususnya bidang ekonomi. Sumber hutan, laut dan sebagainya memang ada dan banyak terdapat di sini tapi ke mana perginya semua itu? Siapa yang merampas sumber-sumber yang sepatutnya menjadi hak orang-orang pitas? Kekayaan pitas yang dieksploitasi dibayar dengan kedaifan dan kemiskinan tegar hasil daripada janji pembangunan berat sebelah. makanya, jalan raya menjadi tidak keruan, rumah-rumah yang entah separuh siap atau tidak kelihatan di sana-sini. Mungkinkah itu hasil daripada janji-janji pemimpin kita? Entahlah.......Semoga pemimpin buka mata dan buktikan keihklasan perjuangan mereka.

pinapak berkata...

Saudara Maklin, cuba baca keratan akhbar dari BERNAMA ini,apakah pendapat saudara? Dalam 4 etnik yang disebut oleh Pgw Daerah, tiadapun terselit bangsa 'Dusun' apalagi kimaragang.

Pitas Keluar Dari Belenggu Kemiskinan Melalui Projek Agropolitan

PITAS, 21 Sept (Bernama) -- Pitas, yang dua tahun lepas dikategorikan sebagai daerah termiskin di Sabah dan kedua termiskin di Malaysia, kini mengorak langkah untuk keluar daripada belenggu itu melalui projek Agropolitan yang dimulakan tahun ini.

Pegawai daerah Pitas Sapdin Ibrahim berkata, projek agropolitan itu melibatkan penanaman getah secara berkelompok seluas 10,000 hektar di Semenanjung Bengkoka, dekat sini.

"Kalau dulu bantuan hanya untuk penanaman getah, di mana setiap peserta diberikan hingga 10 ekar (empat hektar) tanah untuk diusahakan, di bawah projek Agropolitan mereka masing-masing diberikan seunit rumah," katanya kepada Bernama, di sini.

Sapdin berkata untuk tahun ini saja, kerajaan memperuntukkan RM72 juta untuk pembinaan infrastruktur seperti rumah, jalan raya, bekalan elektrik dan air di bawah projek ini, manakala peruntukan tahun depan adalah RM48 juta.

Selain itu, 20 kampung di pesisir pantai dijadikan pusat akuakultur untuk ternakan gamat dan ikan yang diusahakan 260 peserta.

"Kalau dua tahun lalu Pitas merupakan daerah termiskin di Sabah, kini ia di tempat ketiga selepas Nabawan dan Kota Belud, jadi kita memang nampak peningkatan," katanya.

Beliau berkata ketika ini terdapat 1,491 Ketua Isi Rumah Masyarakat Termiskin (KIRMT) di daerah ini, dan jumlah itu menurun berbanding 2,381 KIRMT dua tahun lepas.

Pitas yang terletak kira-kira tiga jam perjalanan darat dari Kota Kinabalu, mempunyai 194 kampung dengan jumlah penduduk kira-kira 40,000 orang yang terdiri daripada masyarakat kaum Sungai, Rungus, Bajau dan Suluk, yang kebanyakannya merupakan petani dan nelayan.

Bagi sektor pelancongan pula, selain meningkatkan tempat penginapan seperti rumah rehat dan chalet di daerah itu, projek inapan desa juga diusahakan di tujuh kampung.

"Kami juga telah menubuhkan Koperasi Pelancongan daerah Pitas untuk tujuan menyelaras aktiviti-aktiviti ini," kata Sapdin.

-- BERNAMA