Pengikut

10 September 2009

Cuti-Cuti Bersama Hero



Cuti Ogos yang lalu walau dipenuhi kesibukan sempat juga membawa keluarga berjalan-jalan ke Kudat dan ke Simpang Mengayau untuk kesekian kalinya. Seperti biasa..Simpang Mengayau tidak lekang dengan pengunjung yang datang bertali arus, apatah lagi semasa musim cuti sekolah. Bertuahnya Kudat dan khususnya kawasan berhampiran kerana usaha kerajaan semasa era Tan Sri Chong Kah Kiat untuk membangunkan Simpang Mengayau menjadi pusat pelancongan bertaraf dunia. Namun apa yang saya perhatikan sejak kunjungan awal saya di kawasan tersebut, beberapa tahun yang lalu, penduduk kurang mengambil peluang perniagaan di sana. Antara yang boleh disediakan ialah tapak perkhemahan (camping site),gerai kelapa/buah-buahan, chalet (ada seorang yang telah mencuba), penyewaan peralatan sukan air/pantai, penyewaan peralatan BBQ dan banyak lagi.
Melihat keindahan di sana, saya teringat Pitas apa kurangnya cuma tempat yang sering dibanggakan setakat ini iaitu Dataran Bengkoka masih jauh dari gapaian. Sikap pesimis saya ada asasnya seperti tulisan saya dalam blog ini sebelum ini.

Tiada ulasan: