Pengikut

02 Ogos 2009

SKOR A : Sasaran Kami

Tarikh 31 Julai - 2 Ogos 2009 merupakan catatan sejarah bagi Pejabat Pelajaran Pitas apabila buat pertama kalinya Perkampungan SKOR A Pengajian Am telah diadakan di SMK Pitas. Peserta yang terdiri daripada pelajar Pra-U dari SMK Pinggan-Pinggan (40 orang) dan 82 orang dari SMK Pitas telah berkampung selama 2 malam. Selaku pengerusi SAGA Daerah bagi subjek Pengajian Am, bersama rakan-rakan guru subjek Pengajian Am, kami telah merancang dan melaksanakan beberapa pengisian dalam perkampungan ini iaitu Amazing Race, Bahas ala Parlimen, Ceramah Skor A, Kuiz Kenegaraan dan Motivasi. Kami telah "menerbangkan" seorang penceramah khas dari KL, iaitu En.Amat Tarop, seorang pemeriksa kertas Pengajian Am selama 10 tahun. Di samping memberikan teknik menjawab, beliau juga memberikan bayangan isu-isu yang perlu ditekankan dalam peperiksaan.
Selaku pengerusi penganjur, saya mengucapkan terima kasih dengan sokongan penuh yang diberikan olen En.Halim Bidin selaku Pegawai Pelajaran Daerah Pitas. Beliau bukan menyokong dari segi idea dan kewangan bahkan sanggupa datang merasmikan penutupan walaupun beliau menetap di Kota Marudu dan acara diadakan di Pitas pada hujung minggu. Juga kepada semua rakan guru yang bertungkus lumus menjayakan perkampungan ini. Sekarang terpulanglah kepada pelajar untuk mengaplikasikan segala ilmu, maklumat dan kemahiran yang diperoleh sepanjang perkampungan ini. Berpaksikan Lagu Gemilang (Ella) yang menjadi lagu tema perkampungan, semoga ada kegemilangan yang dicipta demi diri, sekolah dan Pitas. Seorang yang cemerlang sesungguhnya berjiwa Pencipta Kejayaan.

1 ulasan:

nikhmedia berkata...

Sangat senang bila ada aktivi seumpama ini diadakan untuk kebaikan pelajar2 d pitas. aktiviti seperti ini amat2lah berguna untuk pelajar menurut pengalaman saya. terima kasih kerana memperjuangkan kebajikan masyarakat daerah Pitas, khasnya anak2 Pitas yang masih dahagakan ilmu. Teruskan usaha Cikgu!