Saya sering bersembang dengan rakan2 tentang situasi negara kita dari pelbagai sudut. Biasalah org kata cerita kedai kopi tetapi ada juga isi dan ilmiahnya. Seperti biasa selepas terima gaji hujung bulan, kami sekeluarga shopping di Kota Marudu...ternyata harga barang naik dengan mendadak. Minyak makan naik sehingga RM3.00...anak saya suka memakan tuna dalam tin dan harga setin mencecah RM4.40. Tanpa sedar dan kini TELAH SEDAR harga barangan telah naik..benar-benar menjerut pengguna. Sepanjang perjalanan saya bersembang dengan isteri saya..negara kita seolah-olah telah menjadi negara Kapitalis. Apakah yang dimaksudkan dengan negara Kapitalis? Saya akan berkongsi isu ini suatu masa kelak tetapi ciri-cirinya sudah ketara di negara kita walaupun pemimpin kita berusaha menafikannya. Apabila sistem ekonomi dan pembangunan banyak dijana oleh golongan peniaga..maka itulah salah satu ciri negara Kapitalis. Pemimpin politik dan kuasa eksekutif negara kita seolah-olah telah kehilangan kuasa dan wibawa untuk MENGAWAL harga pasaran. Dalam diam-diam harga telah melambung naik dan BETUL kah kerajaan tak sedar kenaikan ini?......Lantas saya sangat tertarik dengan tulisan terbaru saudara Hishamuddin Rais yang bertajuk Bagaimana Pemodal Antarabangsa Merancang (Kapitalis). Malaysiakini juga memetik tulisan beliau ini dan saya tergerak untuk mengongsikan tulisan beliau. Saya harap pembaca membacanya dengan hati dan minda terbuka. Saya hanya memaparkan separuh dari tulisan beliau kerana separuh lagi berunsur politik yang walaupun ada kebenarannya tetapi bersifat andaian. Kalau anda mahu membawa dengan lanjut..bolehlah melayari blog beliau.
Pada 2004, John Perkins menulis Confession of an Economic Hit Man – Pengakuan Tukang Pukul Ekonomi. Buku ini melakar bagaimana Perkins direkrut oleh National Security Agency (NSA) untuk menjaga kepentingan kaum pemodal antarabangsa.Untuk menghalalkan tugasnya, Perkins telah dimasukan bekerja di sebuah syarikat konsultan ekonomi sebagai baju yang dipakai oleh Perkins kerana syarikat ini memiliki hubungan rapat dengan NSA.Sebagai penasihat ekonomi, Perkins merayau-rayau ke Indonesia, Panama, Ecuador, Colombia, Arab Saudi, Iran dan negara yang dianggap memiliki potensi ekonomi.Tugas Perkins cukup enteng: dia akan menasihatkan pemimpin negara-negara ini untuk membuat projek-projek mega (seperti projek Bakun). Perkins tidak memiliki masaalah untuk bertemu dengan pemimpin politik negara-negara Dunia Ketiga kerana dia sedar bahawa pemimpin-pemimpin ini, apabila mendengar ada Mat Saleh ingin bertemu mereka, maka mulut dan buntut mereka ternganga luas. Perkins dijemput untuk menghadiri pelbagai seminar dan mesyuarat (seperti Invest Malaysia 2009) dan dijemput dalam perbincangan percambahan pendapat. Akhirnya Perkins akan membuat dan mengajukan kertas kerja dan cadangan untuk memunculkan projek mega.
Dalam masa yang sama, melalui Perkins, Bank Dunia atau Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) atau bank-bank lain akan bersiap sedia mengeluarkan dana. Projek mega ini cara "merasuah" para pemimpin dan kroni para politikus Dunia Ketiga. Projek-projek ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan ekonomi warga negara itu walaupun dengan lunak Perkins akan menggambarkan bagaimana projek mega ini akan memberi manfaat untuk rakyat. Ia hanyalah kelentong. Kontraktor-kontraktor projek, perkakas pembuatan – semuanya didatangkan daripada nasihat Perkins. Projek ini akan menggunakan pakar-pakar 'Mat Saleh' yang dibayar dengan lumayan berbanding dengan pakar tempatan.Perkins melahirkan pekerjaan untuk para Mat Saleh yang dipanggil ‘pakar’. Dalam masa yang sama, Perkins cukup sedar banyak dana ini akan masuk ke dalam poket para pemimpin negara ini - ia sebahagian daripada strategi Perkins. Ia perangkap yang sengaja dipasang.Sedikit demi sedikit negara ini akan terhutang dengan lembaga-lembaga bank antarabanga – IMF, Bank Dunia, Bank Eropah dan pelbagai lembaga dana yang bekerja erat dengan Perkins.Bunga dan hutang ini akan meningkat, lalu menambahkan lagi beban negara. Perkins akan mengusulkan cara terbaik untuk mencari dana agar dapat membayar hutang dan bunga. Cadangan Perkins: subsidi mesti dihapuskan. Kawalan makanan dilupuskan, import dibesarkan. Barangan eksport dimurahkan. Nilai ringgit dikurangkan dengan alasan akan menarik orang luar membeli barangan eksport.Akhirnya – akan sampai suatu masa – hutang begitu menjerut untuk negara ini. Maka Perkins akan 'menasihatkan' para politikus agar Pertamina memberikan hak untuk Exxon menjalankan cari gali di Ambalat – mislanya yang terjadi di Indonesia.Ia perangkap awal.
Jika pemimpin politik ini memiliki perasaan nasionalisme dan terus berdegil, maka akan dihantar apa yang di panggil ‘the Jackals’. Mosaddeq di Iran menjadi mangsa pada 1953. Presiden Guatemala pada 1954 menjadi mangsa agar bumi egaranya selamat untuk dijadikan ladang pisang United Fruits Company. Sukarno pada 1965, Ecuador pada 1981.Mari kita melihat kes klasik sejarah Terusan Panama yang telah dimiliknegarakan oleh Omar Torrijos pada 1977. Kemudiannya, pada 31 Julai 1981, kapal terbang yang dinaikinya meletup di udara.Sesudah Torrijos mati, Amerika kembali mendapat hak untuk meletakan tenteranya di Terusan Panama. Khalas.Di negara kita sendiri perkara yang sama pasti berlaku. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilakar oleh Razak Hussein mengetepikan kepentingan pemodal antarabangsa. Kaum pemodal ini berasa kurang senang dengan dasar ini. Melalui media dunia, mereka terus mempertikaikan dasar ini.Dasar ini juga dikritik oleh kapitalis nasional dan kapitalis komprador yang suaranya diwakili oleh MCA. Ketika itu air, api, telekom, universiti, jalan raya, hospital, tanah Felda dan perbadanan kemajuan ekonomi peringkat negeri SEDC – semuanya milik orang ramai, yakni milik negara. Kritikan dasar ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan Mak Jah peniaga warung di Gombak atau Pak Huseing pembuat budu di Pengkalan Chepa. Kritikan ini datang daripada kaum kapitalis yang tidak dapat membuat keuntungan maksimum.Apabila Mahathir Mohamad naik, semua ini diubah. Untuk mendapat sokongan kapitalis komprador dan kapitalis nasional (baca: pemodal Cina), Mahathir telah menswastakan harta rakyat ini. Maka gembiralah dan berkendurilah kaum kapitalis ini.Harta kekayaan mereka bertimbun-tambah. Laporan terbaru membuktikan bagaimana 58 bilion ringgit harta negara di tangan swasta, hanya 2 bilion ringgit sahaja yang menjadi milik Melayu. ....SAYA PAPARKAN SETAKAT INI SAHAJA. SELEBIHNYA BOLEH MELAYARI WEB BELIAU SUPAYA ADIL KEPADA SEMUA PIHAK.TQ

Tiada ulasan:
Catat Ulasan