Pengikut

16 Julai 2009

MOTIVASI

Hari ini saya menyampaikan ceramah motivasi keibubapaan sempena program motivasi UPSR dan ibu bapa anjuran SK Timbang Batu, Kota Marudu. Jauh juga saya merantau berkongsi dan mendorong ibu bapa sebagai pemangkin kecemerlangan. Sebelum ni dah beberapa kali saya diundang untuk ceramah motivasi, kemahiran belajar dan kepimpinan di beberapa sekolah di Kota Marudu dan Kudat. Yang lucunya jarang pula undangan dari daerah sendiri. Mungkin kerana agak "low profile" dan jauh sekali dari mempromosikan diri. Guru Besar sekolah tersebut nampaknya sangat tertarik dengan kisah pengasas KFC, Kolonel Sanders. Saya berkongsi bahawa kolonel telah mencuba sebanyak 1008 kali dengan pelbagai resipi tetapi masih gagal meyakinkan masyarakat. Akhirnya percubaan ke-1009 barulah beliau berjaya dan kini KFC telah MEMPENGARUHI dan MENGUBAH DUNIA...

Program ini membawa saya berkenalan dengan saudara Sundian Sapaun (penyelia kokum) selaku wakil PPD Kota Marudu untuk merasmikan kem in. Hebat juga beliau berucap dan difahamkan juga seorang artis. Kami berbual-bual dan saya menyatakan kekaguman dgn blog beliau yg pernah saya lawat suatu ketika dulu kerana memuatkan "tinondot" Kimaragang.

Ya..KITA TIDAK BOLEH MENGUBAH MASA LAMPAU TETAPI KITA BOLEH MENGUBAH SIKAP. KITA TIDAK BOLEH MENGUASAI DUNIA TETAPI KITA BOLEH MENGUASAI MINDA....bersambung..

1 ulasan:

Ara berkata...

Perkembangan yang baik..harap diteruskan untuk meningkatkan lagi semangat pelajar...ibubapa perlu komitmen terhadap perkembangan anak mereka