Pengikut

13 Julai 2009

MESTI ADA GAMBAR

Budaya menggunaakan banner sebagai bahan promosi sesuatu acara dah lama diamalkan. Kalau dulu sekadar tulisan tangan yang inda berapa menarik. Kemudian kualiti semakin baik dan terkini semua dah malas melukis atau melakar. Semua pigi kedai buat tempahan dan budaya sekarang MESTI ADA GAMBAR..skrg ni hangat kejohanan bola sepak piala ADUN Pitas. Adeee..sya tengok banner promosinya sangat cantik dan PENUH dengan gambar. Siuk bah tu..mengasih tau kita orang. Cuma sekadar memaklumkan bahawa PM kita Datuk Seri Najib telah menggariskan beberapa prinsip berupa arahan semasa awal2 dulu. Salah satu ialah semua billboard/banner TIDAK PERLU memasukkan gambar beliau dan ternyata kata-kata itu beliau laksanakan. Salah satu billboard yang ada di kawasan KL..yang mempromosikan Gagasan 1Malaysia tidak memasukkan gambar beliau, sedangkan gagasan 1Malaysia adalah gagasan beliau. Jadi....tidak apalah yang sudah2 tu kan..harap siapa pun kita..khususnya pemimpin-pemimpin politik, ambil teladan dari langkah PM kita. Tak ada gambar pun kalau kita memang dikenali...taulah bah tu kan...hehe. Sekadar pandangan dari rakyat bawahan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apa khabar orang pitas? Salam salam!