Pengikut

19 Jun 2009

SMK PITAS : Anjakan Paradigma

Hari ini selesai Minggu Orientasi pelajar enam bawah di sekolah saya. Kesemuanya 44 orang untuk panggilan pertama. Difahamkan seramai 33 orang lagi panggilan kedua akan menyusul. Bermaksud dijangka jumlah pelajar enam bawah tahun ini sekitar 77 orang dan termasuk tingkatan enam atas semuanya seramai 159 pelajar pra-U di SMK Pitas tahun ini. Jumlah yang agak ramai dan sangat mencabar bagi tenaga pengajar seramai 12 orang. Sejak tahun lalu dan lebih ketara tahun ini, beberapa perubahan besar telah kami laksanakan seiring dengan perubahan pengurusan tingkatan 6 di peringkat kementerian. Ternyata perubahan yang kami buat walaupun di peringkat awal ramai yang pesimis, sebenarnya menepati kehendak kementerian. Pada bulan lalu, kami telah menerima panduan pengurusan tingkatan 6 daripada kementerian. Selari dengan itu, kami telah berusaha untuk melaksanakan perubahan yang merupakan anjakan paradigma yang benar-benar mencabar warga pengurusan tingkatan 6.
1. Sistem pengurusan tingkatan telah diasingkan (secara berperingkat). Pentadbiran, kurikulum, HEM dan Kokum akan dilaksanakan secara terasing.
2. Sistem pembelajara/jadual waktu yang berteraskan kuliah dan tutorial mulai kami laksanakan.Ini bermaksud tidak ada lagi "bilik kelas" khas mengikut tingkatan seperti amalan di peringkat tingkatan 5. Yang wujud ialah dewan kuliah dan bilik kuliah/tutorial.
3. Bilik guru khas untuk guru-guru tingkatan 6 diwujudkan. Bilik sumber khusus untuk tingkatan 6 juga diwujudkan dan pengisian bahan dibuat secara berperingkat mengikut kemampuan kewangan sekolah.
4. Satu blok bangunan dikhususkan menjadi "mini kompleks" pembelajaran tingkatan 6. Mereka sementera menunggu kuliah, akan berada di sana berbincang bersebelahan dengan bilik guru dan bilik sumber.
Banyak lagi aspek logistik dan pentadbiran yang dilaksana secara berperingkat. Semua ini memerlukan semangat jitu dan kerjasama sepenuhnya dari semua pihak. Faktor kewangan tidak kurang penting juga. Semoga perubahan yang berlaku di SMK Pitas ini bukan sahaja selari dengan kehendak kementerian malah menjana minda dan semangat semua team tingkatan 6 SMK Pitas untuk melakar kegemilangan. Dari satu sudut kita cuba membuktikan bahawa walaupun SMK Pitas yang juga merupakan wajah daerah Pitas sering diperdebatkan prestasinya namun masa perubahan akan berlaku untuk mencipta kejayaan. Selamat berjuang kepada semua warga pra-U dan tenaga pengajar pra-U SMK Pitas, juga pengetua dan PK2 yang bertungkus lumus "mencipta" anjakan paradigma...

Tiada ulasan: