Pengikut

13 Jun 2009

BERITA KEDAI KOPI

Berita kedai kopi dah menjadi perkara biasa dalam masyarakat kita tidak kira golongan atasan, pertengahan mahupun bawahan. Sebahagian menjadi realiti dan tidak kurang juga yang sekadar mimpi. Pitas khususnya di kalangan ahli dan pemerhati politik juga tidak terlepas dengan berita yang hangat di kedai kopi.
Khabarnya..Dewan Undangan Negeri Pitas (DUN) akan dibahagi kepada 2 kawasan iaitu DUN Telaga dan DUN Pinggan-Pinggan. Sempadan 'tidak rasmi' ialah Sungai Bengkoka. Bagi anda penduduk Pitas, boleh lah mencongak lokaliti pengundian anda kelak. Ini bermaksud kawasan Kanibongan yang sekarang di terletak di DUN Banggi secara 'solid'nya bersama-sama dalam DUN Telaga. Saya fikir pemilihan nama Telaga kurang sesuai kerana dari segi lokaliti, Kanibongan adalah nadi dan strategik. Bahkan dari segi kemudahan dan bilangan pengundi sedia ada, kawasan Kanibongan lebih jauh ke depan. Bagi DUN Pingan-Pinggan, saya fikir pemilihan nama sesuai kerana lokaliti yang strategik dan bilangan pengundi memang agak ramai. Selain itu congakan saya pasti UMNO mewakili DUN Pinggan-Pinggan kerana YB Pitas sekarang pun memang dari kawasan Pinggan-Pinggan. Bagaimana pula dengan DUN Telaga/Kanibongan kelak?Saya melihat dari sudut perkongsian kuasan BN, adalah tidak logik kalau masih diberikan kepada UMNO. Justeru agihan kepada parti komponen BN yang lain adalah lebih tepat. Oleh itu inilah masanya pasrti komponen BN yang lain untuk memperkasakan perjuangan.Kalau dilihat dari segi komposisi kaum, pastinya kita dapat membayangkan kebarangkaliannya???
Sekiranya perubahan ini menjadi realiti, bermaksud skop Parlimen Kudat pasti akan berubah. Kalau mengikut kelaziman di mana satu parlimen mengandungi 2-3 DUN, maka Pitas kemungkinan berdiri sebagai satu parlimen tunggal atau kalau masih perlu ditambah menjadi 3 DUN, mungkinkah DUN Tandek akan digabungkan membentuk parlimen Pitas. Ini juga tidak mustahil walaupun Tandek ditadbir di bawah Kota Marudu.
Walaupun ini hanyalah berita kedai kopi tetapi saya percaya bahawa BN secara keseluruhan melihat keperluan ini. Kalau anda masih ingat, Datuk Seri Najib dalam ucapannya sering berkata bahawa Sabah dan Sarawak adalah "simpanan tetap" BN berdasarkan keputusan pilihanraya tahun lalu. Pada masa yang SPR memang ada kuasa mengkaji persempadanan pilihanraya setiap 8-10 tahun. Oleh itu tidak mustahil berita kedai kopi ini menjadi realiti......

3 ulasan:

marcuskhoo berkata...

Dun Telaga? Tak masuk akal la.
Aduh, I think agak jelas kenapa boleh jadi begitu la. :)

sunivagu berkata...

nama DUN bagi saya tak penting paling utama kerusi ini nanti diduduki oleh majoriti suku di kawasan tersebut.

MAKLIN MASIAU berkata...

pada dasarnya nama tak penting tapi langkah awal utk memastikan peluang kaum majoriti mewakili ialah melalui nama. pemilihan nama ada makna tersirat dan perlu direnung secara sains politik..