Pengikut

29 Jun 2009

RIGHT TIME TO MOVE ON

26-28 Jun lalu saya menghadiri (dijemput) menghadiri Conference Of Christian Mission School In Malaysia bertempat di Olympic Hotel, KL. Conference ini merupakan satu sejarah kerana buat pertama kali Perdana Menteri bersetuju untuk merasmikannya. (sblm ini menteri atau PM yang dijemput tidak datang). Tan Sri Bernard Dompok bukan sahaja pengerusi penganjur malahan 'org kuat" di sebalik penganjuran yang sangat berjaya ini.
Saya hadir atas kapasiti Pengerusi PGKS juga sekali mewakili gereja PCS. Delegasi dari Sabah seramai 11 orang yang mewakili 5 gereja utama, khususnya yang mengetuai jabatan pendidikan mission school masing-masing. Conference ini dianjurkan bagi membincangkan hala tuju sekolah sekolah mission di Malaysia yang kesemuanya berjumlah 460 yang sebilangan besar mencecah usia ratusan tahun. Walaupun diadakan di Olympic Hotel tetapi untuk upacara perasmian, diadakan di St.John Institution, sekolah mission tertua di KL (tempat di mana PM Datuk Seri Najib bersekolah selama 8 tahun). Sebelum upacara perasmian, delegasi utama conference telah bergambar bersama PM, Tan Sri Bernard Dompok, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Kai Siong dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimudin.
Conference ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi berupa 12 usul yang dikemukakan oleh Tan Sri Dompok dalam ucapan rasmi beliau. Antara usul ialah : pelaksanaan laporan Aziz 1971, pengekalan ethos, funding, dan leasehold land. PM dalam ucapan dan press conference selepas perasmian berjanji meneliti semua tuntutan/usul dan secara rasmi mengarahkan KPP dan Timbalan Menteri meneliti memorandum tersebut.
Conference benar-benar merasakan situasi dan iklim Malaysia sekarang merupakan right time untuk mission school di Malaysia memainkan peranan khususnya dalam konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh PM. PM dalam ucapannya mengakui peranan yang telah dimainkan oleh mission school dalam membina negara Malaysia. Akhirnya conference bersetuju menubuhkan Federation of Malaysia Mission School di mana saya salah seorang dlm protem komiti selain 3 orang lain dari Sabah. Saya paparkan beberapa gambar kenangan dalam conference tersebut. Gambar bersama PM akan saya paparkan sebaik sahaja penganjur mengirimkannya. Selain itu tidak lupa saya titipkan respect saya kepada Tan Sri Bernard kerana peranan besar yang beliau mainkan di sebalik semua ini. 1 Malaysia....Rakyat Diutamakan...

22 Jun 2009

MASIAU BIN BUMAKA : Terima Kasih Segalanya

Seorang bapa tunggal yang bekerja keras bernama William Jackson Smart menjadi ilham untuk mewujudkan hari bapa. William yang merupakan bekas tentera Perang Saudara telah kehilangan isterinya yang meninggal dunia pada 1898 ketika melahirkan anak mereka yang keenam. Oleh itu beliau HARUS membesarkan anak-anaknya di luar bandar Washington dengan penuh kepayahan. Pada bulan Mei 1909, anak perempuan Smart bernama Sonora Dodd yang sudah berkahwin pada waktu itu mendengar kotbah yang menyanjung sifat mulai seorang ibu (hari itu adalah Hari Ibu, hari cuti yang baru bagi negara Amerika. Lalu Sonora teringat pengorbanan ayahnya dan mengajukan permohonan agar Hari Bapa dikhaskan dalam kalendar. Usahanya disambut dengan baik dan rakyat Amerika mulai merayakan Hari Bapa walaupun hanya pada tahun 1972 barulah ditetapkan sebagai cuti khas.

Berita di atas merupakan latar belakang bagaimana hari bapa disambut majoriti masyarakat antarabangsa minggu/ahad ke-3 setiap bulan Jun. Awal pagi ahad, 21 Jun, isteri dan anak-anak tersayang mengucapkan ungkapan selamat hari bapa kepada saya. Saya terharu kerana rasa dihargai, ditambah lagi dengan sms bertalu-talu dari rakan-rakan. Bukan sekadar kesibukan yang menghambat sehingga terlewat mencoret sesuatu dlm blog ini tentang hari bapa tetapi kadangkala idea tidak muncul pada saat teringin mencoret. Syukurlah sementara menunggu acara rasmi di Dewan SM Tinggi, KK jam 2.30 nanti, saya mengambil masa mencoret sambil lepak di cafe Century Hotel. Coretan saya tentang bapa saya sendiri yang sangat saya kagumi. Mungkin saja coretan ini tidak tersusun, tetapi apa yang lahir spontan dari minda itulah yang saya coretkan disini.
1. Skrg umur bapa saya menjangkau 80 tahun. sukar mempercayai umur dalam IC melainkan kami bertanya sewaktu perang Jepun, dia kata dia dah boleh angkat 2 pikul (sekitar 80kilo..maybe). jadi kami agak-agak memang umurnya paling kurang 80 tahun.
2. Bapa saya sebenarnya berasal dari kawasan hulu sungai bengkoka (Kawasan kaum sonsogon), justeru memang dia dari etnik Sonsogon.
3. Bapa saya menjadi ketua kampung selama lebih kurang 20 tahun.saya masih ingat waktu itu bapa saya bukan sahaja berkhidmat sbg ketua kampung di kg sendiri, malah sering dijemput "menghakimi" kes-kes di banyak kampung. Ini kerana bapa saya memang sangat tajam dan cekap membuat keputusan..malahan tegas. Saya kerap ikut dan melihat bagaimana dia menjatuhkan hukuman. Kalau suasana tegang..saya kerap melihat bapa saya berdiri dan mengherdik si pesalah atau yang degil.
4. Bapa saya sering menceritakan kisah hidupnya kpd kami bahkan kehebatannya dlm ilmu hitam suatu ketika dulu memang dikenali. Dia berkata untuk menjadi ketua kampung perlu juga ada "amalan" (hehehe..) Dia menceritakannya bapanya (datuk kami) benar-benar boleh berdiri di atas daun. Dia juga mendedahkana kenapa kampung kami terselamat dari ancaman tentera Jepun. Setiap kali tentera Jepun datang, ada seekor ular besar akan menghalang. Kalau tentera Jepun masuk melalui kuala sungai, tiba-tiba timbunan pasir akan muncul menghalang perahu. Sejauhmana kebenaran cerita bapa saya ini...Tuhan saja yang tahu. Yang saya pasti kalaupun dia pernah ada ilmu itu, sekarang dia telah membuang semua itu setelah percaya kepada Tuhan.
5. Dulu bapa saya pernah juga "mengurus kayu balak" atas kapasiti sbg ketua kampung.Banyak juga duit yang dia perolehi tetapi kerana BOROS dan kurangnya bimbingan penggunaan wang secara berhemat maka semuanya habis.
6. Saya sering ikut bapa saya berburu di hutan. Saya melihat dgn mata sendiri bagaimana lajunya dia mengejar haiwan buruan yang juga sedang dikejar anjing dan melontarkan lembing. Saya sekadar pemerhati..mengangkat peralatan...Ada masanya kami tidak mendapat apa-apa dan saya melihat kekecewaan di raut mukanya setelah berjalan jauh mencari rezeki.
7. Saya sering "menjual" nama bapa saya pada waktu-waktu tertentu ketika berurusan dengan orang-orang tertentu. waktu saya membeli tanah di tapak rumah saya sekarang, pemilik tanah itu mcm enggan menjual kerana kurang mengenali saya. Dia menyiasat latar saya. Apabila saya menyebut nama bapa saya..pemilik tu terus berkata "oh..si anu...yang obasag itu kan (kuat/byk ilmu)"...saya kata ya. Dia terus setuju menjual tanahnya dan meminta bapa saya datang melawatnya kerana kononnya mahu belajar "sesuatu"..(sampai skrg tidak pernah saya sampaikan hajatnya kerana saya tahu bapa saya tidak lagi mengamalkan itu)...wah laku juga nama bapa saya...
8. Sejak kecil..kami adik beradik dah tahu benar "sikap" bapa kami. Dia paling marah kalau bergaduh sewaktu sedang makan dan hendak berjalan ke satu tempat (dgn misi khas).
9. Sbg manusia biasa..penuh kelemahan dan kekurangan. Pada waktu kami masih kecil (adik beradik 4 orang terakhir)..bapa saya telah berkahwin dgn seorang lagi. Tindakannya memang memberikan kesan yg besar dlm hidup kami, khususnya terhdp ibu kami. Sering bergaduh dan mulai mengabaikan tanggungjawab.
10. Pemergian ibu kami 3 tahun lalu...saya melihat hidup bapa saya sepi walaupun ada isteri kedua. Dia sering melawat kami tetapi agak janggal tanpa ibu kami. ketika ini sebulan sekali dia datang melawat saya dan sering menyatakan rasa sepinya.

Kini bapa saya semakin dimamah usia. Saya hanya mampu berdoa agar Tuhan memanjangkan umurnya dan menguatkan iman percayanya. Walau apa pun...saya telah meletakkan kebanggaan dan kasih saya yang tidak berbelah bagi terhadap bapa saya. Dia sederhana, tidak sempurna dan banyak juga kelemahan namun di sebalik itu dia adalah disebalik semua yang saya/kami miliki. Sehingga kini tidak ada satu pun memori bersamanya yang saya boleh lupakan. Di sebalik semua tragedi keluarga kami, saya tahu dia telah memberi yang terbaik dan termampu untuk saya/kami.


19 Jun 2009

SMK PITAS : Anjakan Paradigma

Hari ini selesai Minggu Orientasi pelajar enam bawah di sekolah saya. Kesemuanya 44 orang untuk panggilan pertama. Difahamkan seramai 33 orang lagi panggilan kedua akan menyusul. Bermaksud dijangka jumlah pelajar enam bawah tahun ini sekitar 77 orang dan termasuk tingkatan enam atas semuanya seramai 159 pelajar pra-U di SMK Pitas tahun ini. Jumlah yang agak ramai dan sangat mencabar bagi tenaga pengajar seramai 12 orang. Sejak tahun lalu dan lebih ketara tahun ini, beberapa perubahan besar telah kami laksanakan seiring dengan perubahan pengurusan tingkatan 6 di peringkat kementerian. Ternyata perubahan yang kami buat walaupun di peringkat awal ramai yang pesimis, sebenarnya menepati kehendak kementerian. Pada bulan lalu, kami telah menerima panduan pengurusan tingkatan 6 daripada kementerian. Selari dengan itu, kami telah berusaha untuk melaksanakan perubahan yang merupakan anjakan paradigma yang benar-benar mencabar warga pengurusan tingkatan 6.
1. Sistem pengurusan tingkatan telah diasingkan (secara berperingkat). Pentadbiran, kurikulum, HEM dan Kokum akan dilaksanakan secara terasing.
2. Sistem pembelajara/jadual waktu yang berteraskan kuliah dan tutorial mulai kami laksanakan.Ini bermaksud tidak ada lagi "bilik kelas" khas mengikut tingkatan seperti amalan di peringkat tingkatan 5. Yang wujud ialah dewan kuliah dan bilik kuliah/tutorial.
3. Bilik guru khas untuk guru-guru tingkatan 6 diwujudkan. Bilik sumber khusus untuk tingkatan 6 juga diwujudkan dan pengisian bahan dibuat secara berperingkat mengikut kemampuan kewangan sekolah.
4. Satu blok bangunan dikhususkan menjadi "mini kompleks" pembelajaran tingkatan 6. Mereka sementera menunggu kuliah, akan berada di sana berbincang bersebelahan dengan bilik guru dan bilik sumber.
Banyak lagi aspek logistik dan pentadbiran yang dilaksana secara berperingkat. Semua ini memerlukan semangat jitu dan kerjasama sepenuhnya dari semua pihak. Faktor kewangan tidak kurang penting juga. Semoga perubahan yang berlaku di SMK Pitas ini bukan sahaja selari dengan kehendak kementerian malah menjana minda dan semangat semua team tingkatan 6 SMK Pitas untuk melakar kegemilangan. Dari satu sudut kita cuba membuktikan bahawa walaupun SMK Pitas yang juga merupakan wajah daerah Pitas sering diperdebatkan prestasinya namun masa perubahan akan berlaku untuk mencipta kejayaan. Selamat berjuang kepada semua warga pra-U dan tenaga pengajar pra-U SMK Pitas, juga pengetua dan PK2 yang bertungkus lumus "mencipta" anjakan paradigma...

13 Jun 2009

BERITA KEDAI KOPI

Berita kedai kopi dah menjadi perkara biasa dalam masyarakat kita tidak kira golongan atasan, pertengahan mahupun bawahan. Sebahagian menjadi realiti dan tidak kurang juga yang sekadar mimpi. Pitas khususnya di kalangan ahli dan pemerhati politik juga tidak terlepas dengan berita yang hangat di kedai kopi.
Khabarnya..Dewan Undangan Negeri Pitas (DUN) akan dibahagi kepada 2 kawasan iaitu DUN Telaga dan DUN Pinggan-Pinggan. Sempadan 'tidak rasmi' ialah Sungai Bengkoka. Bagi anda penduduk Pitas, boleh lah mencongak lokaliti pengundian anda kelak. Ini bermaksud kawasan Kanibongan yang sekarang di terletak di DUN Banggi secara 'solid'nya bersama-sama dalam DUN Telaga. Saya fikir pemilihan nama Telaga kurang sesuai kerana dari segi lokaliti, Kanibongan adalah nadi dan strategik. Bahkan dari segi kemudahan dan bilangan pengundi sedia ada, kawasan Kanibongan lebih jauh ke depan. Bagi DUN Pingan-Pinggan, saya fikir pemilihan nama sesuai kerana lokaliti yang strategik dan bilangan pengundi memang agak ramai. Selain itu congakan saya pasti UMNO mewakili DUN Pinggan-Pinggan kerana YB Pitas sekarang pun memang dari kawasan Pinggan-Pinggan. Bagaimana pula dengan DUN Telaga/Kanibongan kelak?Saya melihat dari sudut perkongsian kuasan BN, adalah tidak logik kalau masih diberikan kepada UMNO. Justeru agihan kepada parti komponen BN yang lain adalah lebih tepat. Oleh itu inilah masanya pasrti komponen BN yang lain untuk memperkasakan perjuangan.Kalau dilihat dari segi komposisi kaum, pastinya kita dapat membayangkan kebarangkaliannya???
Sekiranya perubahan ini menjadi realiti, bermaksud skop Parlimen Kudat pasti akan berubah. Kalau mengikut kelaziman di mana satu parlimen mengandungi 2-3 DUN, maka Pitas kemungkinan berdiri sebagai satu parlimen tunggal atau kalau masih perlu ditambah menjadi 3 DUN, mungkinkah DUN Tandek akan digabungkan membentuk parlimen Pitas. Ini juga tidak mustahil walaupun Tandek ditadbir di bawah Kota Marudu.
Walaupun ini hanyalah berita kedai kopi tetapi saya percaya bahawa BN secara keseluruhan melihat keperluan ini. Kalau anda masih ingat, Datuk Seri Najib dalam ucapannya sering berkata bahawa Sabah dan Sarawak adalah "simpanan tetap" BN berdasarkan keputusan pilihanraya tahun lalu. Pada masa yang SPR memang ada kuasa mengkaji persempadanan pilihanraya setiap 8-10 tahun. Oleh itu tidak mustahil berita kedai kopi ini menjadi realiti......

03 Jun 2009

APA KOMEN ANDA?


"Survey shows only 45% of Malaysians happy with Najib"
That's the heading used by the Malaysian Insider.

"Survey shows only 16% of Malaysians unhappy with Najib"
That's the headline the Malaysian Insider could have used.

The one that they used is not wrong. The latest Merdeka Centre survey did find that 45% of the 1,067 respondents were happy with Najib's performance as Prime Minister so far.

But notice the use of the word "only". Why is that word there?

I think most of us will agree if you say, "Only 1 out of 100".
But not 45.
45 out of 100 is quite a substantial amount.

The RM1 million blogger, meanwhile, interprets the survey's 45% as something else together. According to her, it means that "we do know how many want Najib to leave (leave the country/leave the job as PM?)". Don't laugh!

Poll findings cut both ways. Double-edged. You can report that 45% are happy with Najib or 16% unhappy with Najib, and both are correct.
But if you say "only 45%", you risk being accused of trying to spin.
I mean, you'd be accused of trying to spin if you say "only 16%" are unhappy with Najib.

And yet, that is a fact:
The findings of the survey indeed show that ONLY 16% of Malaysians are unhappy with Najib.
And now we do know that many want Najib to stay!
p.s. Another interesting fact is that 4 (not "only 4") out of 1o respondents refused to answer the question in Merdeka Centre's latest survey. A group of bloggers and journalists met with Sir Robert Worcester in Kuala Lumpur last week and one of the things the "UK King of Polling" stressed was the need to have professionals to deal with respondents.

SAYA PAPARKAN KEPUTUSAN KAJIAN INI KERANA PERANAN MERDEKA CENTRE SEBAGAI BADAN PENYELIDIK BEBAS TELAH DIAKUI UMUM.MALAH KERAJAAN, PEMBANGKANG DAN NGO JUGA SERING MEMETIK KAJIAN OLEH MERDEKA CENTRE. WALAUPUN MAKLUMAT INI KURANG PENDEDAHAN DI MEDIA PERDANA, NAMUN MEREKA YANG CELIK IT TELAH MENGETAHUI. JUSTERU APAKAH KOMEN ANDA MENGENAI KEPUTUSAN KAJIAN INI. BAGI SAYA :
1. Masih terlalu awal untuk menilai prestasi PM kita. Walaupun PM kita diselubungi dengan pelbagai isu dari dahulu sehingga sekarang namun TIDAK MUSTAHIL PM kita telah sedar dan BENAR-BENAR ikhlas untuk Malaysia.
2. Kajian yang dijalankan berdasarkan komposisi kaum amat menarik untuk dijadikan congakan politik oleh setiap parti politik.
3. Apa pun PM kita pastinya tahu bahawa keputusan kajian ini merupakan isyarat bahawa beliau mempunyai tugas yang berat untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia sesuai dengan slogan "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan".
4. Tahniah kepada Merdeka Centre yang proaktif..langkah awal untuk kebaikan semua.