Esok,10 Mei 2009 adalah hari yang diperakui oleh masyarakat antarabangsa sebagai Hari Ibu (klik pada tajuk) Beberapa negara memang merayakan Hari Ibu berbeza-beza tetapi majoritinya termasuk Malayaisa merayakannya pada setiap minggu/ahad ke-2 dalam bulan Mei. Setiap kali menjelang Hari Ibu, hati saya hiba mengingatkan ibu saya yang telah lama pergi. Banyak sekali kata-kata hikmat, peribahasa dan sebagainya yang mengungkapkan penghargaan untuk seorang IBU. Saya berkongsi dua hal yang simple tentang kekuatan pengaruh dalaman seorang ibu. Pertama, sedarkah kita bahawa semasa kita berteriak ketakutan..biasanya kita akan berteriak memanggil IBU...(mengikut kepelbagaian bahasa ibunda). Jarang sekali kita berteriak memanggil bapa. Kedua, berdasarkan pengamatan saya, lazimnya kalau ada kepincangan yang berlaku dalam sesebuah keluarga (perceraian, kematian, dll) tumbesaran dan emosi si anak lebih stabil kalau berada di bawah jagaan seorang ibu berbanding dalam jagaan si bapa.Pastinya masih ramai ibu yang turut susah dan menerima tekanan. Semoga para ibu seperti ini diberkati Tuhan. Siapapun kita hari ini...janganlah lupa pengorbanan dan kasih sayang ibu kita. Sempena Hari Ibu ini juga..gerbangpitas mencadangkan agar pihak berwajib memperkasa sokongan dan bantuan kepada para ibu tunggal di Pitas tanpa memilih ras dan agama. Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. SELAMAT HARI IBU !
3 ulasan:
bagus postnya... banyak mengingatkan saya pengorbanan yg telah ibu curahkan selama ini..... Semoga kita menghargai pengorbanan mereka selama ini sama ada yg sudah lama meninggalkan kita atau terutamanya mereka yang masih lagi bersama-sama dengan kita.... "happy Mother's Day"
happy mother day...untuk smua ibu2 khususnya d pitas. pastinya kasih sayang seorang ibu spatutnya dihargai...sy bsyukur krna masih ada seorang ibu yg sentiasa mdoakan sy, dberkatila para ibu2 yg sentiasa mberikan pengorbanan thadap keluarga....:) Tuhan memberkati para ibu2
Saya banyak menghabiskan zaman kanak-kanak saya bersama-sama dengan datuk dan nenek saya di sebuah kampung yang agak terpencil pada ketika itu. Saya tidak dapat merasakan bagaimana belaian kasih seorang ibu sehinggalah saya tinggal bersama-sama dengan mereka ketika saya berumur tujuh tahun. Apa yang saya alami ketika umur tujuh tahun, saya merasakan satu kejanggalan dan perasaan malu apabila berdamping di sisi ibu, apa lagi menerima belaian/usapan tangan seorang ibu dalam diri ini. Ibu saya sama sekali tidak bersalah dalam hal ini. Saya berjauhan dengan ibu bapa dan tinggal di kampung yang berasingan disebabkan masalah kesihatan ibu saya. Saya satu-satunya anak sulung ketika itu tidak mendapat perhatian oleh seorang ibu kerana masalah kesihatan ibu kandung sendiri yang tidak mengizinkan. Dalam keadaan ibu saya ketika itu, tidak ada siapa yang sanggup dan boleh menjaga saya melainkan datuk dan nenek. Bapa saya ketika itu perlu memberi perhatian yang lebih terhadap ibu saya. meskipun demikian, bapa saya tidak pernah melupakan tanggungjawabnya dan menjenguk saya sesekali di kampung datuk saya. Kenangan ini masih segar sehingga sekarang. Apa lagi mengingatkan kenangan ini, pada saat-saat sepatutnya saya memperuntukkan waktu dan masa bersama-sama dengan ibu dan keluarga tersayang untuk menyambut Hari IBU seperti kebiasaan beberapa keluarga yang lain. Segala-galanya indah sekali. Usia saya ketika ini memungkinkan saya boleh berfikiran rasional. Banyak anak-anak dewasa kini hanya boleh menterjemah kasih seorang ibu dalam dirinya apabila seorang ibu dapat memberi dan memenuhi keinginan seorang anak. Mereka menerima apa yang dipinta dari seorang ibu, bahkan juga seorang bapa. Banyak perkara yang menjadi ukuran bagi seorang anak dalam menentukan kasih seorang ibu kepada dirinya. NAMUN, kasih seorang ibu ( ibu saya )saya dapat rasakan melalui keperitaannya menanggung beban kesihatan semasa saya kecil, beban tidak dapat menggendong anaknya dan yang terutama, beban ibu saya menanggung segala ketidaksengajaannya yang tidak dapat dielakkan dalam memberi kasih. Secara peribadi, Ibu saya telah memberikan kasihnya yang sempurna dalam diri ini. kejanggalan dan perasaan seakan-akan malu untuk mendapatkan kasih dan perhatian dari seorang ibu telah memungkinkan saya lebih mengasihi ibu saya. Tidak dinafikan betapa sukarnya saya menunjukkan kasih saya secara peribadi terhadap ibu saya lantaran situasi pengalaman yang dilalui agak berbeda. Hanya segala kekurangan dan keberadaan inilah yang saya boleh berikan kepada ibu bapa saya. Susah atau senang kehidupan saya kelak, itulah yang akan saya kongsikan kepada ibu bapa saya. HAPPY MOTHERS DAY...
Catat Ulasan