Kesibukan mengurus kemasukan pelajar tingkatan 6 rendah tidak menghalang untuk saya menjenguk berita semasa walau sekejap. Telah menjadi habit, tidak lengkap rasanya roda hidup seharian sekiranya tidak mengetahui perkembangan semasa pelbagai isu. Awal pagi amat menarik kerana kelab Barcelona (kelab kedua yang saya minat selepas Liverpool) berjaya melangkah ke final Liga Juara Eropah. Namun berita lewat petang agak mengejutkan. Lidah saya kelu bagaimana mengungkapkan berita ini. Memang hari ini, 7hb dinanti-nantikan oleh segenap lapisan masyarakat, khususnya warga Perak kerana persidangan DUN Perak. Namun setelah speaker yg masih sah iaitu Sivakumar tidak berganjak dari kerusi speaker, sekumpulan lelaki yang "tidak dikenali" yang sebahagiannya berpakaian seragam polis tiba-tiba masuk dan memaksa, menarik beliau dari kerusi. Beliau diheret keluar dari dewan dan dibawa entah ke mana....Aduh ! Sampai begitu sekali...Inikah wajah demokrasi Malaysia? Saya tidak mahu mengulas panjang kerana bimbang melebihi sempadan akta....Atuk oii.....!!!!
1 ulasan:
Isu ini semakin gempak juga ya.Bahang kemelut politik ini lebih terasa sekian hari. Demokrasi negara tidak dipertahankan dengan cara yang adil,saksama, luhur dan berlandaskan perlembagaan. pendek kata, saya sendiri hilang kepercayaan 100% terhadap konsep demokrasi yang menjadi amalan sejak kebelakangan ini.
Catat Ulasan